Olahan dari posting sebelum ini.

 


Olahan dari posting sebelum ini. 


I need a long break from all this madness. 


Pray for Malaysia, people. Untuk anak2 kita. 


~LM~ 


***************************************

PRINSIP


Selalu Taksuber akan gelar golongan atas pagar (GAP) atau non-partisan ini, golongan tak berprinsip atau lalang. 


Hujahnya simple, kerana kita tak setia pada mana2 orang. 


Pada saya, susah kita nak betulkan mereka dan bagi mereka paham dan percaya. 


Makanya, posting ini untuk GAP, bagi kita fahami PRINSIP kita. 


1. Setia kita kepada Raja dan Negara. Bukan kepada parti atau pemimpin berhala. 


- GAP tahu dan sedar tiada satu pun parti yang sempurna, tiada seorang pemimpin pun yang maksum. Maka bila menyokong dan mengundi, paksi kita ialah pilih the lesser evil, mana baik untuk negara. 


- Sokongan dan dokongan ini bukan selamanya. Kalau parti atau pemimpin yang diundi itu, sesat dan ke laut dalam bina negara, next term, akan wajib ditukar jua. 


2. Kita tak sokong membuta sama ada Kerajaan atau Pembangkang. Yang kita sokong Prinsip demokrasi especially dalam Rukun Negara. Contohnya: 


✅ Ketika kita all out lawan Kleptokrat ketika kesnya di Mahkamah, bukan sebab kita penyokong tegar Kerajaan TSMY atau Tun M. Tujuan dan niat kita ialah menyokong dan bersoladiriti dengan Institusi Kehakiman, kita sokong prinsip Kedaulatan Undang2 dan Keluhuran Perlembagaan. 


✅ Ketika kita bantah PH tebuk atap kembali selepas episod Sheraton Move, bukan juga sebab kita dokong pengkhianatan geng tebuk atap. Tapi sebab runtuhkan Kerajaan pada masa pandemik itu, tak baik untuk rakyat dan negara. Perlulah tunggu PRU15 pula. 


✅ Ketika kita menyampah dengan antik Pembangkang, yang kerjanya nak Semak dan Tumbang. Bukan bermakna kita ni Penyokong tegar Kerajaan sedia ada. Kita nak Pembangkang buat kerja. Push Kerajaan kotakan janji mereka. Buat semak dan imbang, sebagaimana prinsip demokrasi. Itulah kerja mereka sebenarnya. Bukannya tak menyempat nak berkuasa semula. 


✅  Bila kita marah orang politik persendakan Raja. Bukannya sebab kita “in love”dengan Kerajaan sekarang. Mereka pun kita hentam. Tapi kerana mantra “Kesetiaan kepada Raja dan Negara”. Ini yang orang partisan susah nak paham. Yang kita lindungi ialah Institusi, bukan Kerajaan. 


✅ Dan kini, bila kita marah TPM dilepaskan, tanpa lalui proses Mahkamah yang sebenar, pergi DNAA guna TPR pula, bukannya sebab kita nak Tun M, TSMY dan Pas kembali berkuasa. Tapi ia mockery kepada sistem perundangan kita. Tambah dibuat oleh parti pemerintah yang melaung reformasi pula. “Justice must not only be done. But seen to be done”. Itu prinsipnya yang Kerajaan pula dokong selalu. 


3. Bila taksuber berkata mereka pegang pada prinsip perjuangan. Namun, dalam era Fluid Politics di Malaysia ini, jalur perjuangan parti pun sudah kabur. DAP boleh geng dengan UMNO. PAS boleh geng dengan Gerakan. Walhal lain2 garis perjuangan. Makanya prinsip pun dah ke laut, bukan?


4. Kena ingat prinsip orang politik ini “matlamat menghalalkan cara”. Chemeleon yang sentiasa lapar kuasa. Mereka boleh berubah, lawan dan kawan tidak akan kekal lama. Prinsip disesuaikan ikut masa. 


Contoh, 


Dulu dia pimpin Kerajaan Berbilang Bangsa, sekarang ia dah jadi di luar Perlembagaan pula. 


Dulu dia laung Hoi Ya Hoi, sekarang dilepaskan mereka. 


5. Makanya, kita tanya. Siapa yang lalang sebenarnya?  Jelas, lebih kurang sama. 


Salam hormat, 

Liyana Marzuki



No comments: