-Kenyataan Media -Siti Aishah Shaik Ismail

 -Kenyataan Media -



Saudara Afnan Hamimi berani jadi wakil rakyat berprinsip dan integriti ,saya cabar ulang kenyataan yang sama diluar Dewan Rakyat.


Assalamualaikum w.r.b.t


Semalam pada 15/2/2023, saya sempat mengikuti sesi sidang Parlimen untuk sesi pembahasan Titah Diraja  yang mana saya telah mendengar satu ucapan yang diucapkan oleh YB Saudara Afnan Hamimi Taib Azamudin, Ahli Parlimen Alor Setar.


 YB Alor Setar yang pada ketika itu sedang membahaskan Titah DiRaja di dalam Dewan Parlimen sewaktu perbahasan beliau, dengan jelas dan nyata menyebut nama saya dengan melemparkan tuduhan yang berbaur fitnah  berkaitan dengan 3 individu berkaitan  isu fitnah keatas YB Nurul Izzah dan pimpinan yang lain melalui akaun tiktok mereka. 


YB Alor Setar telah menyatakan lagi bahawa posting saya di FB telah mengakibatkan gangguan seksual dan pelecehan terhadap individu - individu tersebut. Jelas kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Alor Setar adalah satu kenyataan yang tidak berasas dan tuduhan fitnah jelas terhadap saya dan juga merupakan satu pelanggaran Peraturan - Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat 36 (12) yang mana menyatakan:


(12) Mana-mana ahli yang mengeluarkan 

kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu.


Sehubungan dengan itu,  saya ingin mencabar YB Alor Setar  Saudara Afnan Hamimi untuk mengulangi dan mengesahkan kenyataan fitnah yang dibuat di dalam Dewan diulangi di luar Dewan Rakyat sebelum tindakan guaman diambil oleh Pihak saya.


Siti Aishah Shaik Ismail



No comments: