KESIAN KAT DUA EKOQ NI...LAIN KALI JANGAN TAKSUB SANGAT NAK HENTAM...MENDAPAT LA HABUAN.

 



Dua lelaki yang didakwa membuat hantaran jelik melampau terhadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.






Kedua-duanya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkaitan hantaran melalui TikTok dan Threads pada Ogos lalu.


Kalau sabit kesalahan, masing-masing berdepan denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali. Bukan kecil hukumannya.


Tapi ada satu perkara yang menarik perhatian ketika prosiding. Kedua-duanya hadir ke mahkamah tanpa peguam.


Lebih menyedihkan, Abdullah memaklumkan dia sudah kehilangan pekerjaan sejak tiga bulan lalu. Sekarang hanya mengambil upah di bengkel rakannya apabila ada kerja.


Ashadi pula bekerja sebagai pereka grafik sambilan. Pendapatannya bergantung kepada tempahan pelanggan. Kedua-duanya terpaksa merayu supaya jumlah jaminan dikurangkan kerana tidak mempunyai pendapatan tetap.


Pendakwaan pada awalnya mencadangkan jaminan RM15,000 seorang. Mahkamah kemudian menetapkan RM12,000 seorang dengan seorang penjamin.


Dalam keadaan begini, timbul juga persoalan, siapa yang akan membantu mereka mendapatkan pembelaan guaman? Bagaimana pula dengan sokongan daripada pihak yang selama ini lantang bercakap mengenai kebebasan bersuara?


Dan mana pula UMNO dan PAS? Kedua-dua parti ini turut terlibat dalam perkembangan politik selepas tercetusnya krisis Negeri Sembilan. Adakah mereka pernah menawarkan bantuan guaman kepada dua lelaki ini? Setakat laporan mahkamah, perkara itu belum diketahui. Tetapi persoalan ini wajar dijawab.


Apa pun, kebebasan bersuara bukan bermaksud seseorang boleh membuat apa sahaja kenyataan tanpa memikirkan undang-undang, lebih-lebih lagi apabila melibatkan institusi diraja.


Namun, kedua-duanya masih belum disabitkan dengan sebarang kesalahan dan berhak mendapat perbicaraan yang adil. Mahkamah menetapkan 1 Disember 2026 untuk sebutan semula kes.




No comments: