Ada lagi tak faham-faham beza TA-50 dengan FA-50M











Jauh beza tu, nasib tak sebut KTX-2, haaa lagi bingung 😁


FA-50M ni Block 20 paling maju sekarang. Korea Selatan akan kembangkan lagi sampailah kepada versi unmanned / loyal wingman - drone, jadi fasa perkembangan pesawat ni luas lagi, dan model pun baru.


Selain Block 20 yang Malaysia beli (FA-50M), Korea Selatan memang dah rancang beberapa peringkat lagi. Block 20 tu pun dikira baru selesai, jadi lepas ni dia akan pecah kepada 2 haluan pembangunan.


1. FA-50 Single Seat - Kod Nama F-50


Ini yang paling panas sekarang. KAI dah buka tender untuk buat kokpit simulator versi tempat duduk tunggal.


Rancangannya prototaip siap pada tahun 2026, dan pembangunan penuh siap pada 2028 untuk pasaran eksport.


Kenapa buat tempat duduk tunggal ?


Bila buang tempat duduk belakang, mereka boleh tambah tangki minyak dalaman yang lebih besar, jadi jarak tempur jadi jauh. Barulah betul-betul jadi pejuang ringan sepenuhnya, bukan lagi pesawat latihan yang diubah jadi pejuang. Ramai penganalisis panggil projek ni sebagai Block 30 yang tak rasmi.


2. FA-50 Block III - Untuk Kawal Dron (MUM-T)


Ini pula untuk konsep peperangan masa depan iaitu Manned-Unmanned Teaming.


KAI ada pelan 3 fasa 👉 

* Fasa 1 (2023-2024) - dah selesai, integrasi sistem asas

* Fasa 2 (2025-2028) - tunjuk demonstrasi FA-50 boleh kawal sehingga 4 buah dron serentak di udara

* Fasa 3 (hingga 2037) - teknologi ni akan dipindah ke pesawat KF-21 dua tempat duduk


Maksudnya FA-50 Block akan datang bukan sekadar terbang dan tembak sendiri, tapi jadi macam komander di udara yang kawal dron-dron peninjau dan dron kamikaze.


3. Pelan Jangka Panjang KAI sendiri


Dalam cadangan naik taraf T/FA-50 MLU yang KAI bentang pada 2022, mereka cadang nak tambah tangki luar 300 gelen, sistem avionik yang sama dengan KF-16, dan tangki minyak conformal (CFT) untuk tambah jarak. Ini semua ciri-ciri yang kita dah nampak mula ada pada Block 20 sekarang, termasuk prob pengisian minyak dan CFT.


Jadi,,, selepas Block 20, Korea Selatan takkan guna nombor Block 21, 22 secara terus. Mereka akan lompat kepada dua varian besar 👉 

* Varian tempur tulen tempat duduk tunggal (F-50)

* Varian kawal dron tanpa pemandu (FA-50 MUM-T)


Malaysia punya FA-50M Block 20 sekarang ni adalah tapak asas untuk kedua-dua projek masa depan tu 😁 sebab tu kita punya versi yang paling moden setakat ni.


Begitulah yer

Oleh Salman Al Farisy


#uniformsoriginal

#salmanalfarisy

#aviationnavalarmour

#UOCG





No comments: