*CIKGU RAMLI DARI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENANTI BAKAL DIPANGGIL OLEH PIHAK PDRM? SERTA JPN PULAU PINANG?*



26 Disember 2019, Kubang Ulu, Penanti. 
Seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu Ramli yang mengajar di SMK Penanti telah dikecam oleh warga sosial media. 

Tindakan cikgu ini yang menyebarkan berita Palsu dalam WhatsApp berkenaan perarakan kumpulan Komunis (sebenarnya Kiwanis) di Sungai Dua telah mengakibatkan rasa kurang selesa dalam kalangan masyarakat di Penanti. 

Apa yang lebih memeranjatkan apabila beliau juga menyebarkan berita palsu tersebut dalam kalangan guru-guru sekitar Permatang Pauh.

Tindakan beliau, tular dalam masyarakat setempat, malah berkemungkinan bakal dipanggil untuk membantu siasatan lanjut oleh pihak PDRM. Hal ini kerana, dikatakan terdapat laporan terhadap beliau atas penyebaran berita palsu ini.

Selain itu, diyakini bahawa terdapat laporan ke pihak Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang berkenaan sikap guru tersebut yang menyebarkan berita palsu yang menggugat kententeraman awam.

No comments: