K PRAGALATHMay 11, 2025
Pegawai khas kepada Senator Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa telah membuat
laporan polis terhadap seorang pengguna TikTok yang memuatnaik kandungan
berunsur manipulasi dan fitnah.
Akaun TikTok tersebut Bernama OMG! SekMung.
“Video itu memaparkan naratif yang mengelirukan serta disunting
seolah-olah Senator Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa menyokong kumpulan yang
membantah larangan homoseksual oleh kerajaan negeri Terengganu.
“Ia memberi gambaran palsu dan berniat jahat untuk mencemarkan nama baik
beliau,” kata pegawai khas kepada Mujahid, Muhamad Nur Ismail di dalam
laporannya itu.
Muhamad turut mendakwa bahawa akaun ini turut menggunakan gambar Mujahid
berulang kali dalam isu berkaitan LGBT dan aktivis seperti Nisha Ayub.
“Walaupun nama beliau tidak disebut secara langsung, penyampaian
kandungan tersebut membawa persepsi salah dan fitnah terbuka.”
Baru-baru ini kerajaan Terengganu telah memasang papan tanda anti LGBT+
di Universiti Malaysia Terengganu supaya masyarakat membenci perlakuan yang
dikutuk agama.
Setakat ini Mujahid tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan
pemasangan papan tanda tersebut oleh kerajaan pimpinan Pas di Terengganu.
Semasa beliau menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal
Agama) beliau pernah menggunakan kaedah diplomasi untuk mendekati golongan
LGBTQ+.
Antara yang berjumpa dengan beliau ialah Nisha Ayub.

No comments:
Post a Comment