PH 22 bulan kena maki tak tutup twitter
Via WhatsApp
Baru lima hari jadi timbalan menteri!
TWITTER TUTUP!
Hati tisu juga orang PAS ni
Dulu bukan main hebat lebat walauntit dan walaunta PAS hentam pemimpin DAP, tapi baru lima hari jadi dah mengalah! Apa punya ahli politik macam ni.
Mantan Menteri dan Timbalan Menteri dari DAP hari-hari kena hentam selama 22 bulan oleh walauntit dan walaunta, tapi tak ada seorang pun mantan Menteri dan Timbalan Menteri dari DAP tutup akaun Twitter mereka.
Kenapa netizen marah? Pertama, sebab Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga sibuk dengan isu menutup aurat pramugari sedangkan tidak ada sebarang tindakan untuk menyelesaikan masalah 13,000 pramugara dan pramugari yang terpaksa cuti tanpa gaji. Hal ini menyebabkan bukan sahaja netizen malah ramai pramugara dan pramugari berasa kecewa kerana pihak kerajaan #PNebokAtap tidak tahu bagaimana hendak membela nasib mereka ini.
Kedua, sebab Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga mengeluarkan kenyataan yang tidak sensitif iaitu bertawakal tidak kena pada tempat. Kenyataan yang menyatakan kematian disebabkan oleh wabak Covid-19 itu cuma 1% tetapi mati itu sudah 100% ketentuan Allah s.w.t. Kenyataan semberono ini dilihat sangat lemah, dangkal dan tidak sensitif. Ianya menunjukkan kerajaan #PNebokAtap tidak berusaha untuk mencari jalan penyelesaian bagi membendung wabak Covid-19 yang semakin parah ini.
Ketiga, sebab Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga sibuk mengeluarkan kenyataan supaya kakitangan kementerian menggunakan saluran masuk ke pintu lobi utama. Sedangkan selama ini memang itu sahaja laluan masuk ke bangunan kementerian. Ramai kakitangan kementerian melihat pengumuman ini sebagai tidak relevan dan membuang masa. Hal ini kerana mereka merasakan Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga yang baharu di bawah kerajaan #PNebokAtap ini tidak tahu peranan beliau. Ramai kakitangan mula membandingkan betapa fokus dan efisien kerajaan dahulu dibawah kepimpinan mantan Menteri dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan HYB Hannah Yeoh.
Dan yang keempat, sebab Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga dari PAS ini merupakan seorang yang tidak menentang perkahwinan bawah umur. Buktinya, semenjak dilantik untuk memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga, tidak ada satu pun kenyataan yang keluar dari mulut beliau untuk menghentikan perkahwinan bawah umur. Sebaliknya, beliau lebih fokus kepada isu remeh temeh seperti menutup aurat, laluan masuk ke bangunan kementerian, dan sebagainya.
Masalah yang kita lihat pada Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga dari PAS ini adalah beliau hanya pandai main Twitter dan tidak tahu apakah isu yang patut diutamakan. Apa yang beliau buat selama lima hari menjadi Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga hanyalah isu remeh temeh.
Yang menghairankan, kenapa walauntit dan walaunta enggan mempertahankan pemimpin kesayangan mereka? Adakah walauntit dan walaunta juga bersependapat dengan majoriti pengundi yang dikhianati?