PH TOLAK MAGERAN KERANA PRINSIP DAN BUKAN SIAPA KETUAI MAGERAN

 

Ada seorang peguam cap ayam pro atok, dia tulis jika PH tolak cadangan atok untuk adakan Mageran, adakah PH boleh terima Mageran jika Agong lantik Anwar ketuai Mageran?

Jawapannya mudah. PH tolak Mageran kerana prinsip bukan siapa ketuai Mageran. PH menolak cadangan atok, bukannya titah Agong. Agong pun tidak pernah sebut pasal Mageran. Atok yang cadang dan atok juga tawar diri untuk ketuai Mageran. Kena faham situ dulu.

Seandainya Agong bertitah untuk wujudkan Mageran dan melantik sesiapa pun mengetuainya, itu perkara lain. Apakah PH mahu engkar titah Agong? Jika Agong lantik atok ketuai Agong, adakah PH akan menentang titah Agong? Jika Agong lantik Anwar ketuai Mageran, adakah PH tetap menentang titah Agong?

Jadi, jangan jadi bodoh untuk menyamakan cadangan atok dengan titah Agong. Peguam cap ayam ini akan sokong apa jua yang keluar dari mulut atok, tetapi bodohnya dia apabila dia mahu menyamakan atok dengan Agong.

WFAUZDIN NS