ELOK HANTAR PENGETUA INI KE PEDALAMAN SUPAYA DIA TAHU ERTI HIDUP.

 

Surat sekolah letak syarat kaum untuk kelab sukan tular di media sosial

Surat yang tular itu mendapat kritikan warganet.

JOHOR BAHRU: Tular di media sosial hari ini satu surat dikeluarkan sebuah sekolah menengah di Batu Pahat yang meletakkan syarat kaum bagi pendaftaran kokurikulum pelajar Tingkatan Satu.

Rata-rata warganet mengecam dan tidak bersetuju dengan tindakan pihak sekolah yang meletakkan syarat kaum terhadap jenis sukan yang perlu dipilih pelajar ketika mendaftar dalam talian.

Berdasarkan kandungan surat itu, seorang pelajar hanya dibenarkan memilih satu jenis sukan sahaja daripada 12 jenis sukan yang ditawarkan.

Bagaimanapun, beberapa sukan hanya ditawarkan buat kaum tertentu, misalnya sukan bola sepak untuk pelajar lelaki Melayu sahaja, bola keranjang untuk pelajar lelaki dan perempuan Cina sahaja, manakala sukan sepak takraw bagi pelajar lelaki Melayu sahaja.

Pengetua SMK Dato’ Bentara Luar Abdul Razak Hamid mengesahkan dengan FMT bahawa surat itu dikeluarkan pihaknya, dan menegaskan syarat berkenaan terpaksa diletak berikutan isu ketiadaan prasarana padang untuk pelajar.

“Kita sekolah hoki, jadi padang sedia ada terpaksa digunakan untuk sukan berkenaan, jadi tiada padang boleh digunakan pelajar bagi aktiviti sukan lain.

“Jadi, pihak sekolah terpaksa meletakkan syarat seperti itu bagi menarik minat pelajar Melayu yang tidak berminat dengan sukan itu untuk menyertai kelab sukan berkenaan,” kata beliau.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berkaitan isu berkenaan dan meminta FMT mendapatkan komen lanjut daripada menteri pendidikan.



No comments: