PELANCARAN BANTUAN RAHMAH 99 KE SELURUH NEGARA





Semalam, KPDN bersama-sama rakan strategik, 99 Speedmart telah melancarkan ‘Flag Off’ Lori RAHMAH 99 Speedmart.

Objektif utama program ini adalah bagi menyampaikan Bakul RAHMAH kepada golongan miskin tegar di seluruh negara.

Terima kasih atas komitmen pihak 99 Speedmart yang konsisten dalam menyahut inisiatif RAHMAH untuk meringankan beban golongan miskin tegar di Malaysia.

Melalui sumbangan berjumlah RM1 juta ini, pihak 99 Speedmart dapat menyediakan 20,000 Bakul RAHMAH untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Setakat ini, pihak KPDN telah berjaya mengumpulkan sebanyak 80,000 Bakul RAHMAH atas sumbangan rakan-rakan strategik KPDN.

Semoga inisiatif-inisiatif di bawah payung RAHMAH ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban golongan miskin tegar di seluruh Malaysia.

RAHMAH untuk Malaysia MADANI Description: 🇲🇾

Kredit: YBM Salahuddin Ayub

#RAHMAH

#MalaysiaMADANI

 

No comments: