Akhirnya wabak Covid-19 menembusi sempadan Lembah Klang, mati luar hospital juga tinggi

 


Akhirnya wabak Covid-19 menembusi sempadan Lembah Klang, mati luar hospital juga tinggi

1- Beberapa hari lepas aku menulis, Kebimbangan aku bukan lonjakan kes di Lembah Klang, Tetapi ada petanda ia menembusi sempadan Lembah Klang, Aku sebut dengan jelas ada petanda di Kedah, Sabah dan Kelantan akan melonjak kembali.. dan data hari ini terbukti.. ia cukup membimbangkan.. Dalam keadaan PKPD dlaksanakan, wabak kini merebak ke negeri lain.. Lebih kita bimbang melibatkan varian Delta kali ini..

2- Hari ini Sabah dan Kelantan yang sebelum ini kesnya sudah mendatar dan mencatatkan angka 2 digit..kini melonjak kembali, Kelantan melebih 500 kes, Sabah 700 dan Kedah menghampiri 900.. angka di negeri yang bukan negeri Industri inilah yang perlu dibimbangkan.. sebagai contoh Kedah,Banyak kes melibatkan kontak rapat, Bukan Kluster tempat kerja..

3- Hari ini bukan saja berlaku 184 kematian, Jumlah di ICU dan yang terpaksa mendapat pernafasan meningkat dengan ketara… Yang lebih dibimbangkan, Kes Brought In Dead, Kes kematian luar hospital mencatatkan 32 kes, Maknanya kemungkinan besar mereka tidak sempat dirawat atau memang hospital memang sudah tidak ada tempat untuk mereka..

4- Inilah masalahnya jika PM dan Kerajaan menganggap Vaksin sebagai Ubat, Pada mereka.. Belanja lah berbillion ringgit beli Vaksin dengan harapan wabak akan selesai seperti orang sakit kepala makan penadol.. Cara Kerajaan berfikir ini salah, sama seperti mereka menganggap tabur duit BPN, Pengeluaran KWSP akan selesaikan masalah Ekonomi.. Ekonomi makin teruk..

5- Seperti aku sebut, Kepentingan utama memperkukuhkan sistem Kesihatan dan Strategi kawalan yang bijaksana…Jika sistem kesihatan kita baik, Mungkin kematian dapat dikurangkan, Setidaknya mengawal wabak dari terus bergerak dalam komuniti baru.. Dalam masa yang sama lakukan Vaksinasi secara tersusun, Lihat Vietnam Vaksinasi Dos kedua mereka baru 0.4 % tak sampai 1%.. Tapi Kematian yg dicatatkan ada ketika sifar dan ada ketika bawah pada 10.. Kawalan mereka baik..

6- Tak tahu Mahiaddin tunggu apa lagi ? Kononnya nak tunggu Vaksinasi 80%..Kononnya masa tu semua wabak Covid-19 akan mati..dan berangan Jadi Hero ? Sudah sudah lah..Letak lah jawatan Mahaiddin.. Jangan Bunuh masa depan rakyat.. Ramai yang masih sihat 2-3 minggu lepas, hari ini mereka kehilangan isteri ,ayah disebabkan Kegagalan kamu..

7- Bertaubat lah atas kerja Khianat kamu.. Masih belum terlambat, Tak perlu berlakon bagi daging korban bagi membeli hati orang melayu..Bila dapat kuasa dengan cara Haram dan Khianat , Takda keberkatan yang kamu boleh harapkan biarpun pandai berdoa dan Bertakbir.. Biarpun di Didoakan sejuta Ulama’.. Jangan Sampai Allah datangkan wabak itu menghukum Kerajaan dan Kamu sendiri.. 🙂

Ipohmali

No comments: