“PROKLAMASI DARURAT PERLU JADI AGENDA UTAMA UNTUK DIBAHAS, BUKAN CUMA DITAKLIMATKAN”

 

1. Sejak Januari 2021 Malaysia telah berada dalam keadaan Darurat untuk melawan covid 19.

Parlimen yang bertanggungjawab melakukan semak imbang telah digantung menyebabkan dasar melawan Covid kerajaan PN semakin menuju ke arah kegagalan yang nyata. Apakah Darurat Covid berkesan?

2. Isnin 26hb July ini adalah tarikh lambang demokrasi dikembalikan. Terimakasih rakyat yang mendesak dan semua MP yang berikirar memelihara demokrasi berparlimen. Titah Istana dipertahankan supaya Parlimen dibuka.

3. Isu besar Proklamasi Darurat dan ordinan-ordinan perlu dibahas dan tidak cukup sekadar laporan yang diletakkan atas meja MP jika hendak dibuat penilaian.

Perlu perbahasan kesan selama 6 bulan perlaksanaannya, siapa yang perlu dipertanggungjawabkan dalam kecuaian menasihati YDPA sehingga tujuan Darurat Covid tidak tercapai malah krisis semakin memuncak.

Kegagalan perlaksanaan dan penguatkuasaan di mana silapnya perlu dibahas supaya rakyat dapat penjelasan tuntas.

4. Speaker perlu tunaikan janji supaya perbahasan diizinkan ke atas Proklamasi Darurat bagi memelihara kehormatan Perlembagaan Persekutuan.

Semua MP termasuk Speaker terikat dengan janji mempertahankan Perlembagaan.

Tidak ada sesiapa yang terlepas dari ikrar mempertahankan kedaulatan Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam Perkara 150 dan semua peruntukan dibawahnya.

Perbahasan Proklamasi Darurat perlu menjadi agenda utama sebelum Parlimen diberikan Penerangan Menteri-Menteri dan itu adalah tugas Speaker yang terpenting pada 26hb July nanti.

Yb DS Dr Mujahid Yusof Rawa

Ahli Parlimen Parit Buntar

Naib Presiden Parti AMANAH

Pengerusi PH Perak.

25hb July 2021.


No comments: