Apa lagi jalan cerita Syed Saddiq.
Mungkin ada benarnya apabila TMJ melabelkan Syed Saddiq
"Drama Queen".
Umur politik baharu setahun jagung sudah banyak berdrama, khatam
bab mencilok dan menipu?
Ceritanya begini...
Selepas mengadakan sidang Live kelmarin, Syed Saddiq telah
melancarkan tabung, memohon orang ramai menyumbang kepadanya untuk bayar wang
jaminan berbaki RM250,000 dan kos guaman perbicaraan.
Dalam masa 24 jam, kononnya menurut Syed Saddiq, kutipan telah
mencecah RM 715,573. Boleh baca di sini :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4136762996402695&id=1130669147012110&sfnsn=mo
JIKA BENAR, Tahniah lah diucapkan. Masyukkkk!!
Semakan pada pautan BillPliz https://www.billplz.com/saddiqtetaplawan (pautan telah
ditutup) mendapati bahawa sumbangan di dermakan ke akaun PERSATUAN PERNIAGAAN
EKONOMI MERDEKA.
Persoalan:
1) Kenapa sumbangan wang jaminan Syed Saddiq masuk ke akaun NGO
PERSATUAN PERNIAGAAN EKONOMI MERDEKA??
2) Adakah ahli persatuan ini membenarkan akaun persatuan mereka
di gunakan untuk kutip derma Syed Saddiq?
3) Apa fungsi Persatuan atas nama 'Perniagaan' dan 'Ekonomi'
digunakan untuk kutip derma membela OKT?
4) Adakah persatuan ini telah melanggar perlembagaan pertubuhan
dengan membenar akaun di gunakan untuk tujuan mengutip derma untuk membela OKT?
5) Di harap pihak ROS dapat menyiasat jika ada unsur salah guna
akaun persatuan.
6) Mohon juga ahli persatuan ini membuat "query" pada
Bendahari PERSATUAN PERNIAGAAN EKONOMI MERDEKA mengapa akaun persatuan di
gunakan untuk kutip derma bagi pihak Syed Saddiq?
Ini gaya pemimpin masa depan?
Diri sendiri yang tidak faham aturan dan undang-undang ROS,
kemudian marah bila Muda tidak diluluskan pendaftaran nya. "Saya masuk
politk untuk bersihkan politik?" konon, baik guna "Saya masuk politik
untuk buat ikut suka hati saya"!
Untuk rekod, Dr Maszlee Malek Ahli Parlimen Simpang Renggam juga pernah mengunakan akaun persatuan ini untuk kutipan derma.