BUKTI NAJIB MUDAH KENA TIPU

 

Setan Hunt


Bukti2 bakal menunjukkan yang sebenarnya Najib ini mudah dibangangkan sbb dia tak reti apa2. Semua tak tahu, tak tahu. Dia sendiri yang kata dan atau mengaku. Bahaya buat negara punyai PM lembik, lemah, mudah diperdayakan oleh orang lain yg kononnya dia percaya. Orang sebegini tak wajar diangkat semula sbg PM spi bila2. Zahid banyak belajar cara2 memerintah yang baik dari PMX selayaknya jadi next PM. Hishamuddin bukan tak layak tapi dia menonjolkan ketidak taat setia pada kepimpinan parti yang menang dalam pertandingan. Lagipun mrk sepupum. Tentu banyak persamaan dari segi mudah ditipu daya. Tok Mat Hassan dan Rafizi Ramli juga berpontensi utk menggalas tanggungjawab selepas Anwar umum bersara selepas hebat memimpin selama 2 penggal spt Jokowi, Barrac Obama. Skrg lebai2 PAS paling hebat karekter tipu daya mrk sejak belajar dgn Umno semasa berMuahahhah fuckat dulu. Pas layak jadi PM ikat tepi sudahlah. Bersatu tak payahlah. Serpihan pengkhianat2 Umno cuma berniat nak sakau. Takdir! ✌️😎



NAJIB. RAZAK


Di dalam perbicaraan kes bekas pegawai Goldman Sachs di USA, kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan kata wujudnya bukti-bukti yang bakal menunjukkan Najib tidak bersalah.



Pihak pembelaan mengeluarkan kenyataan media yang kata bukti-bukti ini adalah bukti jenis "exculpatory" bagi Najib iaitu bukti-bukti yang menunjukkan Najib tidak bersalah tetapi mereka dihalang oleh mahkamah untuk beri bukti tersebut kepada pihak Najib.


Pihak pendakwaan mengesah kepada mahkamah bahawa bukti-bukti itu memang wujud.


Namun DOJ telah memohon "stay" dari mahkamah untuk halang bukti-bukti itu dikeluarkan atas alasan ""Orang ramai mempunyai kepentingan dalam mencegah pemesongan sekatan terhadap penemuan bukti jenayah dan prasangka terhadap pendakwaan kes-kes jenayah tersebut."


Jadi, kerajaan Malaysia masa itu pun meminta DOJ agar Roger Ng dikembalikan kepada Malaysia untuk siastan lanjut oleh SPRM.


Roger Ng telah kembali pada 8 Okt 2023 tahun lepas tetapi selepas lebih setahun sehingga kini, Roger Ng tidak pernah dibawa ke mahkamah atau kenyataan saksi SPRM dia diberi kepada Najib.


Pada Okt 2021 juga, Najib telah membuat laporan SPRM supaya Tim Leissner di bawa ke Malaysia untuk diambil kenyataan atau dibawa ke mahkamah kes Najib untuk pemeriksaan setelah Leissner memberi kenyataan dalam mahkamah di USA bahawa Jho Low telah sogok beberapa pegawai Najib dan 1MDB.


Agar kenyataan Tim Leissner di mahkamah USA itu turut boleh dipakai di perbicaraan kes Najib sebab beberapa nama yang disebut Leissner itu juga adalah antara saksi-saksi pendakwaan utama dalam kes Najib yang asyik memberi hearsay seperti "saya dengar dari Jho Low bahawa Najib suruh dia buat ini atau itu".


Dan jika betul maka kenyataan saksi-saksi pendakwaan yang bermasalah ini patut digugurkan dan bukan diterima oleh mahkamah.


Namun setelah lebih 3 tahun, SPRM masih belum bertindak untuk ambil kenyataan TIm Leissner atau bawa dia ke mahkamah di Malaysia..


Kedua-dua insiden ini menunjukkan Najib masih dihalang untuk diberi pembelaan penuh yang sepatutnya di Malaysia.