Mik Hasyudeen
China telah mengumumkan akan melaksanakan polisi kewangan yang lebih longgar tahun hadapan. Ini adalah perubahan polisi setelah 14 tahun.
Kelonggaran polisi ini bermakna China akan menurunkan kadar faedah bagi mengimbangi tekanan yang berpunca dari isu dalaman seperti sektor hartanah yang lembab.
Polisi fiskal pula akan menjadi lebih proaktif. Ini merupakan isyarat bahawa kerajaan China mungkin akan berbelanja lebih besar untuk menyemarakkan ekonominya.
Perubahan polisi fiskal dan kewangan ini mungkin merupakan persediaan bagi menghadapi polisi-polisi Amerika yang akan dipimpin oleh Donald Trump mulai Januari tahun 2025.
Di dalam beberapa hari yang lalu China mengumumkan sekatan ekspot bahan-bahan logam yang ada dwi-kegunaan, awam dan tentera. Ini merupakan tindak balas kepada tindakan Amerika yang mahu menyekat perkembangan teknologi China dengan menyekat peepindahan teknologi kepada syarikat-syarikat China.
Trump juga telah mengumumkan akan mengenakan levi yang tinggi ke atas negara-negara BRICS yang mahu beralih dari Dollar di dalam urusniaga antarabangsa mereka. China adalah negara pengasas BRICS.
Seperti yang saya sebut sebelum ini, 3 perkara penting yang perlu kita kuasai ialah:
1. Ekonomi
2. Teknologi
3. Media
Nampak tak bagaimana Amerika dan China saling bertindak balas di dalam ekonomi dan teknologi seperti yang disebut di atas?
Media pula penting untuk menjual pelbagai naratif yang akan mencorakkan pemikiran orang lain supaya menyokong polisi-polisi yang kita dokong.
Sekiranya kita hanya hebat berpolemik tetapi tidak berpengaruh dari segi ekonomi dan teknologi, mampu menggoreng melalui media pun akan ada hadnya. Jika terlalu garing, kita pula boleh terbakar.