MARI DENGAR PENDEDAHAN DARI BRO ISWARDY! TINDAKAN TERDESAK MAHATHIR SALA...


Mahathir Mohamad menafikan dia membuat keputusan sendiri untuk menarik balik semakan keputusan mahkamah antarabangsa yang menganugerahkan kedaulatan Batu Puteh kepada Singapura. Sebaliknya, kata bekas perdana menteri, keputusan itu dibuat oleh kabinet yang turut dianggotai oleh timbalannya ketika itu Wan Azizah Wan Ismail, yang juga isteri perdana menteri sekarang Anwar Ibrahim. Dia mengingatkan bahawa kabinet pada masa itu dianggotai oleh pemimpin pelbagai parti komponen Pakatan Harapan, antaranya, Mohamad Sabu, Anthony Loke, Lim Guan Eng, Gobind Singh dan Dzulkefly Ahmad. Mereka semua ini, kata Mahathir, tidak pun menyuarakan sebarang bantahan. "Perdana menteri (Anwar) baru-baru ini menyatakan isu ini adalah pengkhianatan. “Kalau begitu mulai Mei 2018 hingga Februari 2020 tidakkah Wan Azizah bercakap mengenai pengkhianatan ini. "Bukankah Wan Azizah TPM pada saya dan isteri perdana menteri sekarang?" soalnya. Pada 5 Disember lalu, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan mengesyorkan siasatan jenayah dimulakan terhadap Mahathir.
Dalam laporan - yang dinyahklasifikasikan di parlimen - RCI menuduh Mahathir menipu kabinet pada tahun 2018 untuk menarik semula semakan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang menganugerahkan kedaulatan Batu Puteh kepada Singapura.
Menurut RCI, Mahathir membuat keputusan sepihak untuk menghentikan semakan tersebut tanpa persetujuan kabinet, dan hanya memberi taklimat kepada mereka tentang sebab dia berbuat demikian. Sementara itu, ditanya sama ada dia akan memberi kerjasama jika disiasat seperti mana syor dikemukakan dalam laporan RCI itu.
Mahathir menegaskan yang dia akan memberi kerjasama walaupun sedar laporan RCI itu menyasarkan kepadanya seorang untuk menjadikannya banduan.
"Kalau ada siasatan saya bersedia. Nak buat siasatan jenayah silakan.

"RCI cari jalan nak tumpu pada saya kononnya saya buat keputusan seorang diri, tak betul," katanya lagi.