KISAH ANWAR DAN MAHATHIIR-UNTUK TATAPAN GENERASI ANAK MUDA

Suara Rakyat Malaysia: 13 tahun kes Mata Lebam AnwarMARTOIRIAT- NEGARA KITA UNTUK KITA: Mata lebam Anwar: 29 Sept ...

Aku mau share sikit cerita pasal siapa Tun M dan Anwar supaya generasi yang lahir tahun 1987 mengetahui faktanya.

Anwar menyertai UMNO pada tahun 1982 atas pelawaan Tun M. Anwar melepaskan jawatan Presiden ABIM yg beliau asaskan bersama beberapa tokoh2 gerakan Islam lain setelah menerajuinya selama lebih 6 tahun. Seingat aku, Assyahid Prof Ismail Faruqi (yg telah syahid dibunuh oleh agen Israel di Philadelphia, USA) adalah antara figura Islamist bertaraf dunia yg cukup rapat dgn Anwar, memberi pandangan dan nasihat pada Anwar.."I think Mahathir needs you to assist him in making success his PENERAPAN NILAI2 ISLAM DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN." Kurang lebih begitulah pandangan Prof Ismail Faruqi (yg ketika itu sering datang berkunjung ke Kuala Lumpur) sekaligus meyakinkan Anwar tentang kesungguhan Tun M utk menerapkan nilai2 Islam dlm pentadbiran kerajaan. Pemergian Anwar memasuki gerbang politik melalui platform UMNO ditangisi sahabat2 beliau dlm ABIM dan PAS. Tun M mampu mengukir senyum lebar dan menarik nafas lega atas kejayaannya "menawan" Anwar.

ABIM yg diterajui Anwar adalah sebuah gerakan Islam yg dominan yg telah memainkan peranan cukup besar merubah minda masyarakat Islam khususnya warga pelajar di IPTA/IPTS. Penampilan muslimah mengenakan pemakaian bertudung adalah antara kejayaan Islamisasi ABIM (tanpa menafikan peranan gerakan2 Islam yg lainnya). Relevannya apa yg disifatkan "kebangkitan Islam" atau Islamic resurgency yg dicetuskan ABIM ini dgn hegemoni UMNO/BN ialah ia menjadi ancaman kpd kelangsungan survival UMNO/BN yg bakal berdepan dgn PAS dlm pilihanraya umum yg diadakan dlm waktu terdekat (masa itu). Penyertaan Anwar dlm UMNO telah memberi wajah baru kepada parti itu dan melunturkan pengaruh PAS. Dlm pilihanraya umum pada 1983, setahun selepas Anwar bersama UMNO, ia memenangi kerusi Permatang Pauh dgn majoriti yg besar. Tun M dan UMNO terselamat dari mengalami kekalahan dgn PAS.

Anwar cukup setia dgn Tun M. Pada pemilihan UMNO tahun 1987, Tun M berdepan pencabar Tengku Razaleigh (Ku Li) utk jawatan Presiden UMNO. Atas kertas, Tun M memang sah akan tewas kpd Ku Li. Namun, Anwar yg bijak mengatur strategi memenangkan Tun M, telah "team up" dengan Datuk Seri Najib melalui "deal" penyerahan jawatan Ketua Pemuda UMNO dgn Najib  akhirnya menyaksikan Tun M menang jawatan Presiden UMNO dgn kelebihan 40 undi. Selepas menang, Tun M telah membuat tindakan drastik utk pastikan tiada lagi musuh2nya dlm UMNO dgn mengharamkan UMNO ( melalui proses mahkamah). UMNO yg ada sekarang ini sepatutnya dipanggil UMNO (Baru). Hebat tak kesetiaan Anwar pada Tun M?? Hebat kan??

Nantilah kita sambung cerita seterusnya bagaimana Tun M mengatur strategi memusnahkan perjuangan politik Anwar dan siapa dalang2 yg bersubahat dgn Tun M...

Hamzah Abdullah.

No comments: