HarapandailyJune 1, 2025
Jabatan Perdana Menteri (JPM) Brunei memaklumkan Sultan Hassanal Bolkiah
dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur semalam.
Baginda kini bersemayam di sebuah hotel di Kuala Lumpur selepas menerima
rawatan di IJN sejak 27 Mei lalu kerana keletihan.
“Pakar perubatan telah menasihatkan baginda berehat beberapa hari lagi
sebelum berangkat balik ke Brunei Darussalam,” menurut hantaran di Instagram JPM
Brunei.
Pada 25 Mei lalu, Sultan Brunei tiba di Malaysia untuk menghadiri Sidang
Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala
Lumpur (KLCC) pada 26 dan 27 Mei.
Sultan Hassanal Bolkiah, 78, adalah antara individu terkaya di dunia dan
berasal daripada keluarga diraja yang telah memerintah Brunei, sejak lebih 600
tahun.
No comments:
Post a Comment