*ANWAR MAHU MAHKAMAH PERSEKUTUAN DENGAR CABARAN ATAS NASIHAT DARURAT PM*

 *BERITA TERKINI*


*ANWAR MAHU MAHKAMAH PERSEKUTUAN DENGAR CABARAN ATAS NASIHAT DARURAT PM*


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mahu merujuk beberapa persoalan ke Mahkamah Persekutuan berkaitan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan kerajaan melaksanakan darurat.


Peguam Anwar, Ramkarpal Singh berkata, persoalan itu mahu dirujuk Anwar ke mahkamah tertinggi termasuk sama ada nasihat kerajaan untuk Agong menggantung Parlimen adalah tertakluk bawah klausa penggulingan dalam Artikel 150 Perlembagaan.


Beliau juga mahu mahkamah memerintahkan sama ada keputusan menggantung Parlimen boleh disemak semula oleh mahkamah, dan jika bidang kuasa perundangan, termasuk kuasa semakan semula berhubung prosedur, dapat dihalang sepenuhnya oleh badan perundangan.


Anwar juga bertanya, jika Seksyen 39 (2) Akta Malaysia 1963, 15 (d) Akta Perlembagaan (Pindaan) 1981 serta Artikel 150 (6) dan (8) Perlembagaan tidak konsisten atau bertentangan dengan Artikel 4, 5, 8 dan 121 (1) Perlembagaan.



No comments: