NORMAN RADZUAN
Tidak hairan MP menolak Anwar dan Dap
TAPI KENAPA BANGSA MELAYU HILANG KEWARASAN
Dlm keadaan kegagalan kerajaan PN menguruskan Pandemik hingga
ratusan ribu hilang peniagaan dan pekerjaaan, 10 ribu kematian tapi org Melayu
masih tidak pernah serik. Org putih dan Jepun sudah balik tapi pemikiran org
Melayu tetap seperti hamba (pemikiran yg dijajah).
No Anwar dan No Dap adalah kata2 azimat penting politik
perkauman yg sukar diubah dlm pemikiran Melayu kuno. No Anwar kerana Anwar
bekerjasama dgn DAP. Kita faham pemimpin2 rasuah tidak mahu Anwar kerana
bimbang aktiviti mereka terbongkar tetapi rakyat bawahan apa hujah mereka?
Ramai di kalangan penyokong PH sukar utk berhujah dgn mereka.
Sebagai kelompok intelektual anda jgn berhujah atas nama bangsa kerana ia
memperlihatkan pemikiran anda di tahap terendah tetapi berhujahlah dgn fakta.
Jadi anda ambil sedikit fakta2 di bawah utk sebagai hujahan dgn mereka.
Anda boleh bertanya kpd mereka dan mengajak mereka
berfikir.Sejarah telah membuktikan dlm tempoh 30 tahun lepas...
1. Apabila Tengku Razaleigh keluar dari UMNO dan menubuhkan S46
antara parti yg dia cari utk bekerjasama ialah DAP dgn menubuhkan Gagasan
Rakyat.
2. Ketika kerajaan yg diterajui PAS di Perak terbentuk ia
terbina atas kerjasama dgn DAP. Ketika itu PAS membentuk kerjasama dgn DAP dlm
Pakatan Rakyat. Hingga Hadi Awang memberitahu minum kopi dgn DAP adalah lebih
baik dari minum arak dgn UMNO.
3. UMNO sering menjadikan DAP sebagai musuh org Melayu tetapi
apabila pemimpin2 UMNO keluar dari UMNO mereka akn bekerjasama dgn DAP seperti
Tun Mahathir, Ku Li, Anwar, Muhyiddin dan Syafie. Malah Ustaz Fadhil Nor, TG
Nik Aziz dan Hadi Awang juga pernah bekerjasama dgn DAP.
4. Kerajaan Perak tahun lepas ditumbangkan UMNO apabila mereka
berpakat dgn DAP utk menjatuhkan MB Peja.
5. Terbaru di saat kejatuhan kerajaan PN, mereka telah berunding
dgn DAP. Malah di saat akhir secara terbuka juga sekali lagi Muhyiddin mengajak
pembangkang bersama dgnnya.
Jadi anda bertanya kpd mereka jika benarlah DAP ini bahaya
kenapa parti2 Melayu samada UMNO, Bersatu, PAS, Amanah, PKR dan lain2 pernah
bekerjasama dgn DAP. Kenapa ROS membenarkan parti ini didaftarkan?
Berapa saham bumiputra yg DAP kebas, berapa tanah rizab Melayu
yg dijual DAP, berapa ratus juta wang rakyat mereka rompak... sejak Merdeka
bangsa Cina hanya mampu menjadi Menteri Kewangan dlm kerajaan Malaysia.
Negeri Bersultan tiada wakil DAP menjadi MB walaupun mereka
mempunyai jumlah DUN yg besar.... jadi di mana ketakutan DAP kpd org Melayu.
Jika benar DAP ini bahaya sudah pasti bekas pemimpin2 UMNO tidak akn
bekerjasama dgn DAP. Apakah MCA dan Gerakan itu parti Melayu?
Saya kasihan dgn org Melayu bawahan ni. Pemimpin kaya raya menipu mereka dgn hanya berhujah 'No Dap' tapi bila mereka terdesak mereka kerjsama dgn DAP. Tapi org Melayu terus miskin dan diperbodohkan begitu sahaja.