ULAMA MEMBENCI DSAI?




Beberapa persoalan timbul selepas perjumpaan mahabbah ulama dan asatizah bersama PM10 yang berlangsung di Seri Perdana Ahad kelmarin.


Bagi pendokong tegar Pakatan Harapan, kita memang mengenali wajah seorang demi seorang daripada so called ulama yang hadir itu, sebelum ini merupakan duri kepada perjuangan reformasi. Bukan kerana mereka berlainan fikrah, tapi dari komentar mereka di publik.


Semua kita tahu perjuangan politik ini berlandaskan demokrasi, dan ia di luar dari tuntutan iman dan tauhid. Cuma negara kita yang dominan adalah Melayu Islam lalu Islamlah jadi rujukan kita.


Fikrah agama juga berbeza-beza. Ada yang taksub kepartian, taksub tok Sheikh, taksub mazhab sehingga menimbulkan ketegangan juga. Seperti perbalahan wahabi salafi yang tidak berkesudahan, semua mengaku mereka sahaja yang betul dan merekalah golongan yang dipandu ke syurga.


Politik demokrasi juga begitu, golongan liberal dan pragmatik dengan benderanya, sementara parti berlabel Islam mati-mati berkata bahawa mereka saja yang betul.


Dari kalangan jemputan yang dapat dilihat hadir hari itu adalah pendiri pondok, pondok modern serta ulama kontemporari yang popular. Ramai mereka tiada kaitan mempromosi politik kepartian. Cuma beberapa ulama yang cenderung salafi tidak kelihatan. Mungkin untuk next session mereka boleh hadir.


Admin mengenali beberapa antara mereka yang tegar Aswaja hadir, akan tetapi sebelum DSAI dilantik menjadi Perdana Menteri mereka merupakan individu-individu yang keras membenci dan mempromosi kebencian mereka terhadap DSAI.


Kita tidak layak suuzon. Cuma kebimbangan admin ialah golongan ini manakala naiknya DSAI terus begitu lunak dan menyokong seumpama individu yang hipokrit. Masa belum berkuasa, mereka mengecam, memburukkan dan berulangkali menjadi lidah sambung fitnah terhadap DSAI atas apa persepsi asalkan rakyat membenci DSAI.


Bagi pendokong di lapangan barangkali ada sedikit mual dengan kelompok manusia seperti ini. Tinggal kita sahaja yang mahu mengandaikan bagaimana, DSAI mungkin mempunyai pendapat yang berbeza.


Kita selalu mendengar luahan DSAI dalam ceramah bahawa beliau pernah makan sehingga ke istana raja, bersama orang ternama, dan beliau juga pernah dihina semasa dihumban ke penjara dan diberi layanan dan makan seumpama anjing belaan.


Mungkin pengalaman derita DSAI telah menjadi pembelajaran berguna kepada beliau untuk meraikan semua jenis manusia, semua kelompok fikrah dan semua bangsa yang ada di Malaysia dan dunia. Beliau terlalu padat dengan ilmu berkaitan perhubungan sesama manusia.


Bagi admin, biar apa jenis asatizah atau ulama yang selalu dan bakal mendampingi DSAI, kita berharap Malaysia menemui satu titik yang harmoni dalam hidup beragama di negara. 


Kalau boleh, kita tidak mahu lagi ditakuk lama apabila pergaduhan fikrah mencetuskan kesenjangan yang semakin melebar. Islam adalah agama dari Allah, bukan manusia yang menentukan amalan ibadah dan penafsiran ikut suka. Semua mesti berpandu Al-Quran dan As-Sunnah.


Mengenai penggunaan Seri Perdana yang disuarakan oleh Perdana Menteri untuk dijadikan pusat penyampaian dakwah amat dialu-alukan sangat. Muzakarah sihat seperti ini sudah semestinya ditempatkan di suatu premis yang strategik dan tidak berguna kalau dibangunkan Seri Perdana bernilai ratusan juta hanya sebagai simbol kemegahan tapi dimanfaatkan sebagai pusat magnetik bagi rakyat Malaysia mengenali Islam yang Rahmah.


Diharap pihak stesen TV milik kerajaan bersedia untuk membuat siaran langsung bagi setiap minggu sessi dakwah itu berlangsung.


Sekian: Admin SS



No comments: