APA SUDAH JADI DENGAN PAK SHEIKH?

 




Beberapa hari lalu, media melaporkan bahawa GTA atau Gabungan Tanah Air menyatakan keterbukaannya untuk bekerjasama dengan mana-mana parti yang menentang UMNO, termasuk PH dalam menghadapi PRU15 akan datang.

Menurut Pengerusi GTA, Tun Mahathir Mohamad, pihaknya sanggup berbuat demikian demi untuk menyelamatkan negara ini daripada pentadbiran parti tersebut.

“UMNO sebuah parti yang langsung tidak mengambil berat masalah rakyat dan mereka hanya mahu (jawatan) perdana menteri serta menjadi kerajaan,” katanya.

Susulan itu, di bawah ini adalah respon Anwar Ibrahim pada semalam mengenai tawaran Tun Mahathir itu.

Kata Anwar, beliau tidak mahu lagi melayan sebarang tawaran daripada Tun Mahathir untuk bekerjasama dalam menghadapi PRU14 nanti.

Anwar berkata, ini kerana pendirian bekas perdana menteri itu selalu berubah-ubah.

“Tidak mengapalah. Kita terus pantau sebab minggu depan beliau akan bagi (pendirian) berbeza, jadi kita dengar dan beri penghormatan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH di Ibu Pejabat PKR di sini.

Bagaimanpun, hari ini, kenyataan Anwar berbeza sekali dengan pendiriannya semalam itu.

Katanya, selepas sidang media di ibu pejabat PKR hari ini, ruang kerjasama untuk mereka bekerjasama masih lagi terbuka.

Bagaimanapun, katanya, Tun Mahathir mesti komited dengan prinsip perjuangan PH.

“Kami (PH) komited dalam melaksanakan agenda reform (pembaharuan), melawan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Sesiapa saja yang bersetuju dengan prinsip ini, boleh datang dan berbincang kami. Ruang adalah terbuka,” katanya lagi.

Aikkk….baru dalam tempoh tak sampai 24 jam sudah boleh berubah pendirian?

Apa sudah jadi dengan Pak Sheikh kita ni?

Masih lagi nak percaya dengan Tun Mahathir?

Tak serik-serik lagi? – ShahbudinHusin 13/12/2022.