KESIAN MAKCIK PEKAN . BOSSLU DAH TAK BOLEH TENDING.KAH..KAH...KAH...PIANG...

 


Terkini! Najib hilang kelayakan tanding pilihanraya


Terkini! Najib hilang kelayakan tanding pilihanraya



Walaupun Najib Razak telah mendapatkan penangguhan atas sabitan jenayahnya dalam kes SRC International, bekas perdana menteri itu masih tidak layak untuk bertanding dalam pilihan raya sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Persekutuan selesai.

Demikian menurut beberapa pakar perlembagaan dan peguam ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Shad Saleem Faruqi dari Universiti Malaya berkata walaupun Najib boleh kekal sebagai ahli parlimen Pekan, tetapi dia hilang kelayakan bertanding dalam pilihan raya mengikut Perlembagaan Persekutuan.

“Beliau kekal sebagai ahli parlimen sehingga rayuan atau petisyen untuk pengampunannya diselesaikan. Ini diperuntukkan dalam Perkara 48(4)(b) Perlembagaan Persekutuan.

“Tetapi dia serta-merta hilang kelayakan untuk pencalonan, bertanding pilihan raya atau pelantikan ke mana-mana Dewan jika dia sabit kesalahan dan dijatuhkan hukuman penjara setahun atau denda 2,000. Ini diperuntukkan dalam Perkara 48(5),” kata Shad Saleem (gambar, bawah)

Pakar perlembagaan itu berkata Najib boleh bertanding dalam pilihan raya sekiranya dia mendapat pengampunan penuh diraja sebelum hari penamaan calon.


Tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Najib bersalah atas tujuh pertuduhan berkaitan rasuah membabitkan sejumlah RM42 juta dana SRC International, serta menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Penghakiman itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dalam keputusan sebulat suara minggu lalu, selepas panel tiga hakim mendengar rayuan Najib.

Mahkamah Rayuan bagaimanapun membenarkan Najib menangguhkan sabitan dan pelaksanaan hukumannya sementara menunggu penyelesaian rayuannya di Mahkamah Persekutuan.

Ini disahkan oleh kedua-dua pihak pendakwaan dan peguam Najib ketika dihubungi, serta semakan nota wartawan dari mahkamah pada hari itu di mana panel hakim membenarkan permohonan pembelaan untuk penangguhan sabitan dan pelaksanaan hukuman.

Susulan keputusan ini, timbul persoalan sama ada ahli politik Umno itu masih layak bertanding dalam pilihan raya akan datang atau tidak, dengan peguam terkenal Haniff Khatri menggesa Mahkamah Rayuan menjelaskan perkara berkenaan.

Penangguhan tak bermakna lupus sabitan Najib

Peguam kanan Salim Bashir Bhaskaran turut berkongsi pandangan sama, berkata penangguhan sabitan yang diberikan kepada Najib tidak mempunyai kesan terhadap kehilangan kelayakannya sebagai ahli parlimen sekrang.

“Perkara 48 (4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan seseorang itu tidak perlu mengosongkan kerusinya sementara menunggu keputusan rayuannya.

“Sekarang ini, persoalan satu lagi sama ada dia boleh bertanding atau tidak? Dalam keadaan ini, kita perlu rujuk subseksyen 5 Perkara 48.

“Subseksyen itu mengatakan seseorang yang telah disabitkan bersalah, dia tak boleh menjadi ahli parlimen. tak boleh dicalon, tak boleh dipilih jadi ahli parlimen.

“Walau ada penangguhan, ia tidak ada apa-apa kesan (kedudukan Najib sebagai MP sekarang).

“Tetapi kesan sama ada dia boleh bertanding ataupun tidak, itu tertera dalam perlembagaan dan perlembagaan cukup jelas, Perkara 48(5) kata dia tidak boleh,” katanya.

Menurut Salim, Najib hanya boleh bertanding pada pilihan raya akan datang jika dilepaskan oleh Mahkamah Persekutuan.

“Kalau tak lepas, maka itulah pengakhirannya.

“Kalau PRU sebelum keputusan Mahkamah Persekutuan, dia tak boleh bertanding,” jelasnya.

Seorang lagi peguam Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar berkata perintah penangguhan tidak bermakna sabitan Najib telah “dilupuskan”.

Menurutnya, terdapat kes rujukan di India apabila Perdana Menteri India ketika itu Indira Gandhi disabitkan dengan kesalahan pilihan raya oleh Mahkamah Tinggi Allahabad.

“Indira disabitkan dengan kesalahan pilihan raya oleh mahkamah tinggi Allahabad. Dia memohon rayuan dan mendapat penangguhan sabitan dan hukuman.

“Dia kemudiannya memberitahu Mahkamah Agung India bahawa sabitan kesalahannya telah ditangguhkan dan dengan itu dia boleh bertanding dalam pilihan raya.

“Bagaimanapun, Mahkamah Agung berkata tidak, kerana penangguhan itu hanya menunggu rayuan. Dan ini tidak bermakna sabitan itu dilupuskan.”

Sementara itu, peguam bela Najib, Muhammad Shafee Abdullah ketika dihubungi berkata dia tidak mendapat arahan untuk mengulas soalan mengenai bekas perdana menteri itu boleh bertanding dalam pilihan raya atau tidak.

Bagaimanapun, tegasnya, kebimbangan utama mereka dalam memohon penangguhan sabitan adalah kedudukannya sebagai ahli parlimen.

“Jadi dengan penangguhan itu, beliau masih kekal sebagai ahli parlimen.

“Pilihan raya itu cerita lain, kerana dia belum memutuskan apa-apa.”

No comments: