SELEPAS TIK TOK, SEKALI LAGI MENTERI PENGAJIAN TINGGI DAPAT KECAMAN RAMAI

 

Sebelum ini, Menteri Pengajian Tinggi, Noraini Ahmad dikecam ramai kerana ingin menganjurkan pertandingan video pendek TikTok untuk pelajar pusat pengajian tinggi.

Ia bagaimanapun mendapat kritikan pengguna maya yang menyifatkan perkara itu tidak harus menjadi keutamaan di kala mahasiswa berdepan pelbagai masalah sepanjang tempoh PKP, malah tidak kena masa kerana diperkenalkan ketika malam Nisfu Syaaban.

Sehubungan itu, ia kemudian senyap begitu saja tanpa sebarang berita, malah hantaran di media sosial milik Noraini mengenai pertandingan itu juga telah dipadamkan.

Kini, Noraini sekali lagi mengundang kecaman ramai berikutan pengumumannya secara drastik menangguhkan pendaftaran pendaftaran ke IPT-IPT.

Beliau bertindak demikian berikutan meningkatnya kes Covid-19 sejak dua hari lalu.

Tetapi, tetapi tindakan tergesa-gesa Noraini itu telah menimbulkan banyak kesusahan kepada pelajar kerana ada di antaranya sudah sampai ke IPT tempat mendaftar, sudah membayar rumah sewa, sudah membeli tiket penerbangan dan pelbagai lagi.

Bagi yang sudah sampai ke IPT untuk mendaftar dan kemudian disuruh balik, mereka turut berdepan dengan masalah kewangan untuk pulang semula ke kampung atau rumah ibu bapa masing-masing.

Sekarang, siapa yang nak selesaikan masalah mereka?

Adakah Kementerian Pengajian Tinggi mahu menanggung kerugian mereka itu?

Soalnya, kenapa Noraini terlalu tergesa-gesa membuat penangguhan tanpa memikirkan kesan daripada tindakannya?

Kenapa tidak dilaksanakan Pelan B yang tidak menyusahkan pelajar dan bukan menangguhkan pendaftaran?

Sebagai luahan kemarahan terhadap Noraini itu, di media sosial kini sarat dengan desakan agar beliau meletakkan jawatannya.

Yang nyata, keputusan beliau menangguhkan pendafataran itu mendahului tindakan Majlis Keselamatan Negara yang berhak membuat sebarang keputusan berkaitan Covid-19.

Mengapa sebelum Perdana Menteri dan MKN mengambil apa-apa keputusan, Norani sudah mendahului mereka?

Kenapa Noraini sebagai menteri tidak mampu berfikir dengan lebih luas sebelum bertindak?

Adakah beliau sibuk dengan TikTok? (Shahbudindotcom 03/10/2020)

No comments: