Covid-19: Varian Delta akhirnya tersebar ke seluruh negara hasil dari kelonggaran kerajaan

 Covid-19: Varian Delta akhirnya tersebar ke seluruh negara hasil dari kelonggaran kerajaan


1- Hari ini Malaysia mencatatkan kes Covid-19 tertinggi , 22,242 Kes Baru dicatatkan, Kematian sudah pun melebihi 13 ribu orang..Membaca data dari portal KKM hari ini yang buat aku marah bukan kadar Positif, tetap merebaknya varian Delta ke Seluruh negeri termasuk Perak..

2- Sapa baca tulisan aku minggu lepas, Aku ada menulis dengan jelas, Antara kebimbangan aku bila kerajaan membenarkan dan melonggarkan aktiviti rentas rentas daerah dan Negeri tanpa kawalan terutama dari Lembah Klang terutama adalah kebimbangan tersebarnya varian Delta.. dan hari ini data KKM membuktikannya.. Semua Negeri luar lembah Klang berlaku Lonjakan..

3- Padan lah kadar kes Positif dan kematian dan kes di Perak tiba tiba melonjak, Bagi aku ini satu satu nya kesilapan Kerajaan yang terbesar, menganggap varian Delta sebagai perkara enteng.. Aku dah kata, Ikut Kajian Badan Kesihatan di UK, Mereka yang dah divaksin bole sebarkan varian Delta sama seperti mereka yang takk divaksin..

4- Aku dah ingatkan, pelunya tempoh sebulan setelah Selangor dan KL selepas capai Herd Immunity untuk memutuskan rantaian wabak dan melemahkan varian Delta.. Hidupkan dulu Ekonomi di lokaliti setempat..Malangnya Kerajaan buat keputusan pada masa itu semata mata nak tunjukkan kejayaan Vaksinasi….

5- Untuk pengetahuan data Varian Delta di Perak yang aku baca Bulan lepas adalah 0 Kes, Dan selepas tindakan Kerajaan, Perak dah catatkan ada 4 Varian Delta.. Aku baca data ni betul betul buat aku marah.. Selangor catat 69 Kes dan 18 KL.. 200 Kes di Sarawak , lain kes tertumpu di Labuan, dan kali ini sekali lagi Sarawak berlaku Lonjakan..

6- lihat saja negeri yg kebelakangan ini berlaku kematian yang Tinggi seperti Johor, kedah dan Melaka catatkan penemuan 18 Varian Delta di Johor dan 13 Di Kedah, Manakala negeri kecil seperti Melaka dan Terengganu ada 8 Varian dikesan..Tak hairan kematian negeri ini Tinggi..

7- Aku tak faham cara bagaimana Pakar dan Penasihat Kesihatan menasihatkan Kerajaan, Pelik.. Dok sibuk tulis cerpen Cahaya di Hujung Terowong, Kadar jangkitan Tahap 4 dan 5, Hakikatnya dulu tanpa Vaksin pun, Memang kadar kesembuhan di Negara kita tinggi lebih 90%.. Kematian disebabkan sistem kesihatan yang Lumpuh..

8- Ini masalahnya Dok sibuk kejayaan Vaksinasi, Tapi lupa merancang strategi kawalan dan sistem kesihatan yang baik dalam memutuskan rantaian.. ini belum kesan bukan Ekonomi tanpa persediaan yg betul..Di China, seorang Positif, Satu Pelabuhan tutup biarpun hampir 90 % Rakyatnya di Vaksin..

9- Sapa punya Kerja aats semua dasar sampah ni ? Dah tentulah Calon PM dan BN,PAS dan UMNO.. Kerja Pak Mail.. 🙂

Ipohmali

No comments: