Panas! Ebit Lew dipanggil ke Bukit Aman bantu siasatan gangguan seksual?

 

Panas! Ebit Lew dipanggil ke Bukit Aman bantu siasatan gangguan seksual?


Seorang pendakwah terkenal dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini pada Khamis untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan dipercayai melibatkan kes gangguan seksual.

Sumber berkata, polis telah memanggil pendakwah berusia lingkungan 30-an itu untuk merakam percakapan bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

“Bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada dia akan hadir ke Bukit Aman atau tidak,” katanya pada Selasa.

Menurutnya, siasatan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Sumber | SH

No comments: