1. Jika Johor ikut formula Perak, kerajaan negeri akan lebih
stabil.
2. UMNO Johor pada masa ini memiliki 14 kerusi DUN, PPBM 12, MIC
2 dan PAS 1. Pakatan Harapan memiliki 27 kerusi DUN.
3. Jika formula Perak digunapakai, UMNO (14 kerusi) bergabung
dengan PH (27 kerusi) akan membentuk jumlah 41 dimana jumlah ini adalah jauh
lebih besar berbanding sekarang ini.
4. 41 kerusi DUN membentuk majoriti lebih 2/3 DUN Johor.
Kedudukan ini sangat stabil dan meyakinkan.
5. Bezanya hanyalah, Menteri Besar sedia ada pada ketika ini
datangnya dari UMNO. Ini sedikit berbeza dari situasi di Perak dimana MB nya
adalah dari parti PPBM.
6. Soal bersetuju atau tidak, itu perkara lain. Tetapi dari segi
angka, ya. Memang jika UMNO dan PH berkerjasama di Johor, ia akan mengukuhkan
lagi kedudukan kerajaan negeri.