TUMBANGKAN PENGKHIANAT


FAEZUDDIN PUAD




1. Bersatu merupakan parti serpihan UMNO yang ditubuhkan sebelum PRU14 bertujuan menggantikan UMNO sebagai parti orang melayu di Malaysia.


2. Sebaik saja Bersatu-PH menang PRU14, beberapa wakil rakyat UMNO keluar UMNO untuk menyertai Bersatu.


3. Bersatu turut berjaya memikat PAS rakan Muafakat Nasional UMNO. Sekarang PAS kelihatan lebih cenderung kepada Bersatu dengan menyertai Perikatan Nasional secara rasmi. Muafakat Nasional entah ke mana.


4. Selain itu di peringkat persekutuan, walaupun PN disokong UMNO, UMNO tidak pun diberi porfolio strategik dalam barisan kabinet Muhyiddin,


5. Manakala menjelang PRU15 nanti pula, UMNO akan terpaksa berunding dan berkongsi kerusi-kerusi melayu dengan Bersatu dan PAS. Dengan kuasa PM di tangan Bersatu-PN, adakah UMNO akan beroleh kerusi yang banyak dan strategik? dan kembali berkuasa di negeri-negeri?

Image may contain: 1 person

6. Segala tindakan Bersatu terhadap UMNO mutakhir ini dilihat hanya melemahkan UMNO. Ketara yang Bersatu mahu ganti UMNO. Tidakkah UMNO rasa dikhianati?


7. Terus menyokong dan kerjasama dengan Bersatu bermakna membunuh UMNO secara perlahan. Pepatah melayu menyebut, sokong yang membawa rebah.


8. Sama seperti UMNO, PH turut dikhianati Bersatu melalui langkah sheraton sehingga tumbangnya kerajaan pilihan rakyat di peringkat persekutuan dan negeri-negeri.


9. Lalu dalam keadaan begini, saya melihat PH dan UMNO mempunyai satu matlamat yang sama iaitu menumbangkan pengkhianat.


10. Matlamat ini boleh dicapai dengan langkah pertama iaitu gabungan alternatif PH-UMNO membentuk kerajaan di Perak.


11. Sekiranya langkah pertama ini berjaya di Perak, tak mustahil ianya akan turut berjaya di Johor, Melaka, Kedah, Sabah dan akhir sekali di peringkat persekutuan.

12. Ini bermakna, Bersatu akan menjadi pembangkang dan matlamat menumpaskan pengkhianat akan berhasil.


13. Selain itu, kerjasama PH-UMNO akan berjaya tubuhkan sebuah kerajaan yang jauh lebih stabil berbanding kerajaan PN. Hanya kerajaan yang stabil mampu atasi masalah Covid-19 dan masalah ekonomi yang sedang melanda negara.


14 . Justeru, PH-UMNO patut ambil peluang krisis politik di Perak sebagai titik mula keruntuhan kerajaan PN-Bersatu dan mengembalikan mandat rakyat.


15. Rakyat perlu diutamakan masa ini. Lain-lain perbezaan yang mewujudkan jurang antara PH dan UMNO bolehlah dibincangkan kemudian.

Wallahualam.

 

No comments: