Goldman Sachs tawar 5 kali ganda ditolak, Riza Aziz tawar 1/3 diterima


Goldman Sachs tawar 5 kali ganda ditolak, Riza Aziz tawar 1/3 diterima
Layanan berbeza untuk anak tiri Najib dan Goldman 



Tindakan kerajaan menolak tawaran syarikat pengurusan kewangan Amerika, Goldman Sachs yang menawarkan lima kali ganda (5 x) jumlah fi yang diambilnya, tetapi dalam masa yang sama menerima tawaran satu per tiga (1/3) dari yang diambil Riza Aziz memeranjatkan banyak pihak.
Bagi Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abd Samad, beliau pelik dan terperanjat dengan tindakan kerajaan yang berbeza-beza itu.

KHALID ABD SAMAD
“Goldman Sachs tawar 5 kali ganda jumlah fi yang diambilnnya iaitu USD3 bilion untuk fi USD 600 juta, tetapi dikatakan tak cukup.
“Reza Aziz bayar hanya 1/3 dari yang digunanya dikatakan OK!” tulis Khalid, bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu dalam twitternya.
Bagi beliau, kerajaan harus meneruskan samannya terhadap kedua-dua pihakd an menolak tawaran mereka.
“Setuju teruskan dakwaan terhadap Goldman Sachs. Setuju tuntut 5 kali ganda dari Reza Aziz,” tulis beliau.
Anak tiri Datuk Seri Najib Razak,   Riza Shahril Aziz yang dituduh dengan lima pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram berjumlah AS$248 juta (RM1.25 bilion), dilepaskan oleh Hakim Azman Ahmad.
Beliau dibebaskan melalui proses tawar menawar di mana mahkamah membenarkan pelucutan hak dari Reza hampir RM600,000.
Ia adalah sebahagian daripada persetujuan yang dicapai oleh Riza dengan pihak pendakwaan bagi membolehkan dia dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) daripada pertuduhan pengubahan wang haram AS$248 juta (RM1.25 bilion) berkaitan penyelewangan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Ketika menjadi Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan, Dr Mahathir Mohamad berharap akan dapat capai suatu penyelesaian luar mahkamah dengan Goldman Sachs berhubung skandal 1MDB tidak lama lagi, tetapi berkata pampasan lebih 1 bilion dolar yang ditawarkan bank itu terlalu kecil.
Malaysia mendakwa Goldman dan 17 bekas pengarah dan semasa di unit-unitnya mengelirukan pelabur mengenai jualan bon berjumlah AS$6.5 billion yang bank US itu bantu untuk 1MDB.
Mahathir berkata Malaysia menuntut AS$7.5 bilion daripada Goldman dan rundingan sedang berjalan.
“Kami mahu elak pergi ke mahkamah, tetapi kalau mereka boleh tawarkan jumlah yang munasabah saya fikir kami akan setuju,” katanya dalam temubual dengan Reuters 10 Disember 2019 lalu.
Namun cadangan Dr Mahathir itu ditolak oleh pembangkang ketika itu.

No comments: