Benarkah Tan Sri Muhyiddin Yassin kurang berpolitik dalam tempoh 100 hari pentadbirannya sebagai Perdana Menteri?
Jikalau benar kurang berpolitik, kenapa berlaku pemecatan dalam partinya? Kenapa berlaku kejatuhan kerajaan negeri?
Peristiwa-peristiwa ini berlaku ketika negara sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19.
Apakah semua ini bukan berpolitik?
Mari kita mengimbas kembali apa yang berlaku.
Pada 18 Mac lalu, iaitu hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya diberhentikan.
Pada 12 Mei, media melaporkan Perikatan Nasional (PN) Kedah mengumumkan pembentukan kerajaan negeri baharu selepas mendapat sokongan 23 Adun termasuk dari Bersatu.
Bagaimana pula dengan apa yang berlaku kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Dr Maszlee Malik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Datuk Amiruddin Hamzah?
Oleh itu, sekiranya ada yang kata Muhyiddin kurang berpolitik dalam 100 hari pentadbirannya, fikirlah semula. Kita juga jangan lupa dengan ‘Langkah Sheraton’ yang berlaku sebelum ini, merupakan satu peristiwa politik yang besar.