ADA SAJA PEMUDA PKR NI. AWAT LEMAH SANGAT ? KALAU TAK PANDAI JAGA LEPASKAN JAWATAN.

 


Pemimpin sayap dipecat bidas Akmal Ketua Pemuda PKR paling lemah, tak efektif




Bekas ketua Pemuda PKR Selangor, Najwan Halimi dan beberapa pemimpin yang dipecat berkata, jika Akmal Nasir mahu melakukan rombakan atas sebab pemilihan PKR dilanjutkan ke 2023, ia sepatutnya dilakukan secara keseluruhan kepimpinan sayap itu, bukan hanya membabitkan pemimpin tertentu.

PETALING JAYA: Ketua Pemuda PKR Selangor, Najwan Halimi dan beberapa bekas pemimpin lain yang dipecat membidas Akmal Nasir sebagai ketua Pemuda parti itu yang paling lemah dan tidak efektif dalam sejarah sayap berkenaan.

Ini menyusul rombakan pucuk pimpinan Pemuda PKR yang menyaksikan Najwan merangkap ADUN Kota Anggerik bersama Ketua Pemuda PKR Perlis yang juga ADUN Kuala Perlis, Nor Azam Karap, Naib Ketua sayap itu, Syed Badli, Penolong Setiausaha, Naqib Nasruddin, Timbalan Pengarah Strategi, Fakrulrazin Zailani dan Pengerusi Biro Mahasiswa, Shahrul Nizam.

Kumpulan bekas pemimpin itu dalam kenyataan bersama berkata, pemecatan mereka menunjukkan Akmal tidak menjalankan tanggungjawab dengan sewajarnya.

Mereka turut mendakwa 110 daripada 137 ketua Pemuda PKR bahagian menolak serta hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Akmal.

Katanya, jika rombakan mahu dilakukan oleh Akmal atas sebab pemilihan PKR dilanjutkan ke 2023, ia sepatutnya dilakukan secara keseluruhan kepimpinan sayap itu, bukan hanya membabitkan pemimpin tertentu.

“Sudah terang lagi bersuluh bahawa Akmal merupakan ketua Pemuda PKR paling lemah dan tidak efektif dalam sejarah kepimpinan Pemuda PKR.

“Pemuda PKR perlu mengadakan mesyuarat agung khas (EGM) bagi melantik ketua Pemuda baharu yang mempunyai keabsahan.”

Sebelum ini, Pemuda PKR dalam kenyataan di Facebooknya menjelaskan pemecatan itu merupakan penyusunan semula barisan Majlis Pimpinan Pemuda dan rombakan jawatankuasa organisasi Pemuda PKR Perlis serta Selangor.

Katanya, rombakan strategik itu adalah persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15 dan memastikan gerak kerja lebih kemas serta tersusun, khususnya untuk menarik pengundi anak muda.