TAK SANGKA HANG BODO AZMIN. TAMBUN PUN ADA MELAYU....ISHHH..AWAT BODO TAK TAU....

 

Anwar ‘lari’ ke Tambun kerana takut ditolak pengundi Melayu, dakwa Azmin



Anwar Ibrahim sebelum ini dilaporkan tidak menolak kemungkinan bertanding di Parlimen Gombak sebelum mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Tambun pada PRU15.

PUTRAJAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim takut ditolak pengundi Melayu di Gombak, menyebabkannya membuat keputusan untuk bertanding di kerusi Parlimen Tambun pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), dakwa Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Azmin Ali.

Beliau turut mendakwa, gabungan itu juga mahu mewujudkan satu lagi ‘Pulau Pinang’ di Perak.

“Tinggalkan Port Dickson nak masuk bertanding di Gombak. Akhirnya lari ke Tambun pula.

“Sebab kawasan Gombak ni majoriti Melayu. Orang Melayu tak akan terima orang yang rakus kuasa. Jadi dia (Anwar) lari ke kawasan yang kurang pengundi Melayu.

“Orang Melayu, Cina dan India kena faham kita tidak boleh terima parti perkauman sempit dan kita kena tolak PH dalam PRU15 nanti,” katanya ketika berucap dalam program Jelajah Prihatin PN, semalam.

Anwar sebelum ini dilaporkan tidak menolak kemungkinan bertanding di Parlimen Gombak pada PRU15, yang disandang bekas timbalannya, Azmin.

Katanya, beliau juga memilih untuk bertanding kerusi ‘pengkhianat’, manakala kerusi Port Dickson disandangnya kini lebih solid (kukuh), berbanding 2018.

Bagaimanapun, Anwar pada 20 Okt lalu mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Tambun dengan berkata, beliau tidak memilih kawasan yang mudah dimenangi untuk bertanding.

Beliau meninggalkan kerusi Parlimen Port Dickson yang dimenanginya dengan majoriti 23,560 undi, selepas menewaskan enam pencabarnya daripada PAS dan bebas pada pilihan raya kecil Oktober 2018.

Kerusi Parlimen Tambun kini disandang Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Faizal Azumu, yang juga timbalan presiden Bersatu. Beliau memenangi kerusi itu dengan majoriti 5,320 undi pada PRU14, menewaskan calon Barisan Nasional, Ahmad Husni Hanadzlah dan calon PAS, Ibrahim Zakaria.

No comments: