Jawapan terhadap Dr. Maza- SIRI 4 (SEMBANG KENCANG MASUK BERTANDING LAH)

 


Selain ini, lebih kurang 10% dari ahli parti DAP terdiri dari orang Melayu beragama Islam. Adakah Mufti Perlis berani kata mereka semua adalah musuh dan pembenci Islam? Pada saya mereka jauh lebih baik dari wala'un2 Pas yang hipokrit kerana menyokong rasuah dan korupsi tapi mengaku beriman kepada Allah dan RasulNya.

 

Yang nyata dari video ini ialah beliau secara berkias suruh umat Islam jangan undi Umno-BN atas sebab rasuah dan jangan undi PH juga kerana DAP berada di dalam gagasannya. Habis tu dia nak suruh orang pilih Bersatu dan Pas yang terang2 sokong rasuah dan korupsi dan telah merosakkan negara bersama Umno?

 

Muhyiddin itu sendiri amalkan rasuah politik untuk beli sokongan ahli2 parlimen supaya dia boleh kekalkan kuasa sebagai PM untuk kerajaan haram dia. Seluruh dunia tahu tentang ini apabila rakaman audionya tular di internet tidak berapa lama dahulu. Takkan Mufti Perlis tak tahu?

 

Projek BestatiNet bernilai berbilion ringgit ketika dia jadi Menteri Pendidikan yang diberi kepada YTL untuk mewujudkan akses internet bagi sekolah2 luar tetapi telah gagal segagal gagalnya dalam perlaksanaan, bagaimana kisahnya? Ini belum lagi masuk cerita tentang waktu dia jadi MB Johor dulu.

 

Yang si Hadi tu tak payah cakaplah. Tiba2 sekarang baru dia kata Umno ialah parti rasuah bila Zahid tidak mahu berkerjasama dengan Pas. Selama ni dia berpeluk cium dengan Zahid dan makan gaji buta dalam kerajaan rasuah, dia terlupa kah?

 

Dan jangan buat2 lupa juga bahawa Hadi beriya-iya sokong Najib waktu dia dijatuhkan hukuman oleh Hakim Nazlan di Mahkamah Tinggi dahulu. Berkejar dia dan lagi 3 orang kuatnya ke rumah Najib pada malam hari dia dijatuhkan hukuman untuk beri sokongan moral. Mana dia boleh nafi dan sorok gambar lawatan dia ke rumah Najib yang di-upload oleh Najib sendiri dalam FB-nya dan telah tular dengan meluas?

 

Kemudian, dia juga telah bayar RM1.4 juta kepada Clare Brohwn dari Sarawak Report untuk selesaikan perbicaraan mereka di luar mahkamah di UK mengenai skandal Pas menerima wang sebanyak RM90 juta dari Najib kerana dia takut segala tembelangnya akan terbongkar.

 

Dasar penunggang agama yang hipokrit! Apa yang haram bagi orang lain adalah halal untuk dirinya dan parti dia sahaja. Saya yakin jika Zahid bersetuju untuk berkerjasama dengan Pas bagi menghadapi PRU-15, Hadi tidak akan sebut bahawa Umno parti rasuah kerana kepentingannya terpelihara.Tapi bila dia tak dapat apa yang dia hendak, maka lancanglah mulut dia mengutuk dan mengecam pihak yang tidak menurut kehendaknya.

 

Adakah Mufti Perlis tidak nampak serta sedar semua ini dan berkata secara tersirat bahawa pengundi2 Muslim hendaklah memilih parti Bersatu yang dipimpin oleh Muhyiddin dan Pas oleh Hadi yang telah terang2 menipu rakyat, merosakkan agama dan menjahanamkan negara?

 

Silalah berterus terang wahai Tuan Mufti. Tidak perlu bermain dengan kata2 kiasan yang samar.