Perjuangkan Nasib rakyat bukan cerita dongeng
Puad Zarkashi
Tidak pelik pun bila YB PAS dari Pasir Mas menyindir sokongan bersyarat BN terhadap Bajet 21 yang dibahaskan secara berfakta oleh Datuk Seri Najib.
Tiba tiba ia disanggah dengan fakta dongeng dan hikayat oleh YB PAS dari Pasir Mas. Teruk dia dibelasah oleh netizen.
Kita tidak pelik kerana dia ahli parti politik. Mereka juga mahu kuasa. Mereka ada jawatan dalam PN. Sebab itu kita faham biila YB Pasir MAS sokong Bajet tanpa syarat.
Memperjuangkan nasib rakyat yang terkesan teruk kerana COVID-19 bukan cerita dongeng. Moratorium automatik dan pengeluaran dari akaun 1 KWSP bukan cerita hikayat. Ia adalah suara rakyat untuk kesenangan rakyat.
Ia tidak melibatkan pertambahan perbelanjaan. Akaun 1 adalah duit rakyat. Moratorium automatik pula hanyalah penangguhan sementara membayar pinjaman kepada bank yang masih untung.
Syarat Puteri Gunung Ledang adalah sindiran jangan jaga kepentingan diri tetapi jaga rakyat susah. Sokongan bersyarat BN ialah untuk rakyat. Bukan kerana kesenangan dan kuasa.
7 dulang hati kuman dan 7 dulang darah anak sendiri bukan syarat BN. Sebaliknya BN mahu “hati” rakyat senang dan “darah” keringat rakyat dihargai. Ramai hilang kerja dan bankrup. Rakyat susah.
Apakah YB Ahmad Fadhil mahu tukar Pasir Mas kepada Jambatan Emas seperti dalam cerita dongeng itu demi menjaga kepentingan kelompok sendiri bukan rakyat?