PARTI PEJUANG MENGEMIS GUNA AMANAH DALAM PRU MENDATANG

 


Pejuang pertimbang bertanding atas tiket Amanah

Pejuang pertimbang bertanding atas tiket Amanah

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan mempertimbangkan tawaran daripada parti Parti Amanah Negara (Amanah) untuk masuk dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) atas tiket parti itu.

Menurut Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, pelawaan itu boleh ditimbang tara sekiranya parti itu tidak meletakkan syarat tertentu.

Katanya, apa yang penting adalah matlamat serta wadah perjuangan perlu selari untuk membangunkan negara serta menunaikan amanah rakyat.

Jelas beliau, sekiranya Amanah tidak meletakkan syarat tiada kerjasama dengan kelompok menyokong kepemimpinan kleptokrat, beliau akan memikirkan perkara itu.

Beliau berkata, kepemimpinan Pejuang terbuka untuk bekerjasama namun syarat berkenaan mesti dipatuhi terlebih dahulu.

“Sepertimana yang kita semua ingat, pada PRU14 hari itu kami semua bertanding di bawah lambang Parti Keadilan Rakyat. Mungkin itu satu kaedah, iaitu calon-calon daripada Pejuang ini bertanding menggunakan lambang daripada parti lain tapi perlu ada persetujuan dengan tuan punya parti itu.

“Satu lagi yang biasa dibuat, ketua parti iaitu presiden parti biasanya yang akan menandatangani watikah calon sebelum itu boleh berlaku rundingan kerusi (tapi) belum sampai tahap tu lagi.

“Namun demikian apabila ada ura-ura pilihan raya akan berlaku tidak lama lagi, maka saya ingat kita dah kena segerakanlah,” katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan Parlimen Jerlun, hari ini.

Selasa lalu Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi, menpelawa Pejuang untuk menyertai parti itu dalam PRU15 ini sekiranya penubuhan parti itu gagal dalam permohonan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).


No comments: