PENGKHIANAT & UMNO


1. Satu ketika dulu, sebahagian besar ahli dan pemimpin UMNO meninggalkan UMNO untuk menubuhkan Bunga. Lalu mereka sertai PRU bersama Pakatan Harapan dengan niat kuburkan UMNO. Pada waktu itu, naratif yang mereka jaja adalah Bunga sebagai parti alternatif orang melayu yang baharu menggantikan UMNO. 


2. Pada UMNO tindakan ini satu pengkhianatan.


3. Tidak cukup dengan itu, selepas 22 bulan memerintah negara. Bunga telah merancang satu lagi langkah pengkhianatan di Hotel Sheraton untuk menumbangkan kerajaan PH. Melalui langkah ini bukan kerajaan pusat PH saja yang tumbang tetapi negeri-negeri yang diperintah PH seperti Johor, Kedah, Perak dan Melaka turut jatuh.


4. Sekali lagi Bunga khianat. 


5. Tidak kurang hebatnya cerita Bulan ketika bersama Pakatan Rakyat. Sebelum berlangsungnya PRU-13, pembahagian kerusi antara 3 parti dalam PR dianggap selesai. Keadilan, DAP dan Bulan telah diperuntukan kawasan masing-masing. Jadi sepatutnya tidak berlaku pertindihan. Tetapi sebaik saja tiba masa penamaan calon, senyap-senyap Presiden Bulan menandatangani watikah kepada calon bulan supaya tanding di beberapa kerusi yang sepatutnya Keadilan tanding sehingga berlaku tiga penjuru sekaligus menyebabkan undi PR pecah. Tindakan bodoh Bulan ini telah memberi laluan kemenangan kepada BN. 


6. Hari ini Bulan bersama UMNO atas nama Muafakat Nasional. Dalam masa yang sama Bulan bersama Bunga dalam Perikatan Nasional. Namun apa yang berlaku adalah Bulan tidak mahu daftarkan MN sebaliknya mendaftarkan PN secara rasmi. 


7. Selain itu, beberapa minggu lepas, pemimpin Bulan pernah menyatakan hasrat mereka untuk bertanding menggunakan lambang sendiri ketika PRU15. Jadi apa gunanya Bulan bersama PN atau MN? 


8. Tidakkah tindak tanduk Bulan ini juga boleh ditafsirkan sebagai perbuatan khianat?


9. Demikian juga dengan kisah mamat kabur Four Points dan rakan-rakannya. Mereka keluar daripada Keadilan dan bersekongkol dengan pembangkang untuk tumbangkan kerajaan PH. Sekarang mamat kabur dan rakan-rakan telah pun menyertai Bunga sebagai wadah baru mereka.


10. Kesimpulannya, kesemua; Bulan, Bunga dan mamat kabur Four Points yang kini berada bersama UMNO di dalam kerajaan ada sejarah melakukan khianat kepada rakan baik sendiri.


11. Adakah pemimpin UMNO masih lagi boleh mempercayai pengkhianat sebagai rakan sekutu di dalam sebuah gabungan untuk menghadapi PRU15 nanti? Sebuah gabungan yang tiada kejujuran politik. 


12. Elok jika UMNO bertindak segera keluar daripada kerajaan sebelum dikhianati. Tarik semula sokongan kepada PN. Selepas itu UMNO tidak perlu berunding dengan sesiapa pun berkaitan pembahagian kerusi bagi menghadapi PRU-15. Semua kerusi majoriti Melayu, UMNO boleh bolot. 


13. Itupun jika UMNO bijak. Terserahlah kepada UMNO, pilihan ditangan mereka.  


Sekian terima kasih.



No comments: