INI NASIHAT...BUKAN MARAH......Banjir, musim tengkujuh: Jabatan Perhutanan Pahang arah tangguh aktiviti pembalakan

 

Jabatan Perhutanan Pahang mengeluarkan arahan supaya aktiviti pembalakan diberhentikan sementara berikutan banjir dan musim tengkujuh yang melanda negara.

PETALING JAYA: Jabatan Perhutanan Pahang mengeluarkan arahan supaya aktiviti pembalakan diberhentikan sementara bermula semalam berikutan banjir dan musim tengkujuh yang melanda negara.

Pengarah Perhutanan Pahang Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata keputusan itu dibuat bagi mengurangkan impak terhadap kawasan usaha hasil dan keselamatan pekerja.

Perkara itu dinyatakan dalam surat bertajuk “Arahan penangguhan sementara aktiviti pengusahasilan hutan dan pengangkutan kayu balak semasa musim tengkujuh dan bencana banjir tahun 2022.”

“Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah mengambil keputusan untuk memberhentikan sementara operasi pengusahasilan hutan dan pengeluaran kayu dari matau di Negeri Pahang bermula 3 Jan 2022 sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Tindakan yang sewajarnya akan diambil kepada pemegang lesen yang melanggar arahan ini dan boleh disabitkan kesalahan di bawah peruntukan Akta Perhutanan Negara 1984,” katanya.

Pada 30 Dis lalu, Jabatan Perhutanan Pahang berkata hasil semakan di Jalan Bentong–Karak berhampiran Stesen Timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Karak dan Jambatan Sri Telemong di Bentong mendapati, sisa kayu yang berselerak di atas jalan dan jambatan adalah puing akibat kejadian kepala air di Sungai Temeriak, Sungai Kerau dan Sungai Timbul yang berlaku pada 18 Dis lalu.

Hasil semakan Jabatan Perhutanan Pahang mendapati, berlaku kejadian kepala air di dua lokasi itu yang bermula di Hutan Simpan Lentang akibat hujan lebat yang berterusan selama tiga hari bermula 16 Disember lalu hingga hari kejadian banjir besar di Bentong.

No comments: