MELAYU DAN KUASA





 Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Zainal Rashid Ahmad (ZRA) berpandangan perpecahan dalam kalangan orang Melayu hari ini bukan berpunca daripada orang Melayu itu sendiri, sebaliknya akibat perebutan kuasa dalam kalangan pemimpin politik.

Katanya menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, perjuangan yang berlaku hari ini bukan lagi berteraskan ideologi bangsa atau agama, sebaliknya lebih kepada usaha mempertahankan survival politik masing-masing.
“Nak disalahkan orang Melayu hari ini bukan kerana mereka memilih untuk berpecah, membina kem-kem politik untuk struggle politik mereka,” katanya.
Menurut beliau, ideologi bangsa dan agama hanya tinggal sebagai slogan, sedangkan perjuangan sebenar lebih menjurus kepada kepentingan politik individu.
“Kita nampak dengan jelas, ini adalah perjuangan untuk survival politik sendiri. Kemudian berdiri di atas bendera parti, kemudian menekan orang bawah untuk berpegang pada ideologi.
“Sedangkan ideologi itu sebenarnya adalah diri mereka dan kuasa mereka,” katanya.
ZRA berkata, perpecahan yang berlaku bukan berkaitan tanggungjawab membantu umat Islam, sebaliknya berpunca daripada perebutan kuasa dalam kalangan pemimpin.
“Ini adalah urusan pemimpin. Melayu berpecah kerana tamakkan kuasa,” katanya.
Beliau turut mendakwa apabila ada pihak kehilangan sokongan, mereka memilih untuk membina fitnah dan melakukan serangan peribadi kerana sudah tidak lagi mempunyai hujah serta prinsip bagi mempertahankan perjuangan mereka.
“Bila kehilangan sokongan, nak bina sokongan kamu kena bina banyak fitnah untuk menjatuhkan musuh kamu.
“Kamu tak ada lagi hujah untuk menegakkan ideologi kamu. Kamu tak ada lagi prinsip untuk mengatakan perjuangan kamu.
“Apa boleh kamu buat? Kamu buat personal assassination. Bunuh semua karakter orang,” katanya.
Mulai selepas ini, untuk berita jenis begini saya akan kekalkan hampir semua petikan asal dan hanya menyusun semula dalam format berita tanpa membuang isi penting.

No comments: