NAK HARAP PAS LAKSANAKAN SESUATAU- BAIK LUPAKAN. JAWATAN PALING UTAMA..MUNAFIK.

 


Peguam persoal apa penyelesaian cara Islam Pas buat dalam kerajaan




Peguam persoal apa penyelesaian cara Islam Pas buat dalam kerajaan


Sebenarnya kita tertanya-tanya jugak apakah contoh penyelesaian cara Islam yang PAS bawa dalam pentadbiran kerajaan hari ini?

Janganlah nak berdalih kononnya PAS hanya minoriti dalam pentadbiran kerajaan persekutuan dan tidak punya ruang yang banyak untuk laksanakan apa yang PAS pernah perjuangkan suatu masa dahulu. Bukankah dahulu kalian juga yang kata bahawa kuasa ‘King Maker’ itulah bakal menjadi penentu jatuh bangunnya sesebuah kerajaan, justeru ke mana kuasa itu dibawa?

Hakikatnya, masalah sosial dan krisis ekonomi serta kesihatan rakyat semakin memburuk sejak pandemik melanda negara ini. Apatah mutakhir ini, kes kemurungan dan bunuh diri semakin banyak dilaporkan.

Soalnya, ke mana bantuan-bantuan yang dahulunya dicanang seluruh dunia konon kerajaan hari ini amat-amat prihatin rakyat? Lebih mustahak, apakah semua bantuan itu menepati objektif atau sekadar melepas betuk di tangga sahaja oleh pihak kerajaan?

Tanpa sedar sebenarnya bantuan itu hanya ‘syok sendiri’ yang dibuat pemerintah tanpa mengambil kira keperluan sebenar yang sebenar-benarnya diperlukan di pihak rakyat marhaen!

Realiti di bawah amat jauh berbeza berbanding apa yang disebut-sebut oleh pak-pak menteri di atas kononnya ekonomi negara semakin stabil, bahkan kononnya jugak pelabur asing semakin yakin dengan dasar pemulihan negara. Tidak sama sekali.

Realitinya rakyat di bawah semakin terhimpit dek tekanan ekonomi semasa. Rakyat di bawah makan megi bukan suka-suka seperti pak menteri, tetapi makan megi itu kerana terdesak dan terpaksa. Rakyat di bawah murung dan nekad terjun bangunan itu adalah cerita ‘real’ bukan rekaan!

Tak usahlah bernafi-nafi lagi. Hakikatnya penafian kalian yang berada di puncak kekuasaan itu hanya menambah-nambah luka yang semakin parah bagi rakyat di bawah.

Akui sahaja hakikat bahawa perancangan kalian yang konon mahu mengawal wabak Covid-19 dengan PKP, PKPB, PKPP, Lockdown dan Darurat itu semua telah GAGAL!

Sungguhlah, berbalik kepada persoalan pertama sekali yang saya tanya di atas, apakah penyelesaian cara Islam yang PAS sudah cuba kemukakan dalam menangani Covid-19 sehingga kini?

Apakah cara yang dimaksudkan itu dengan mengembalikan cabutan judi daripada 8 kali menjadi 22 kali setahun adalah menepati cara Islam?

Atau menjadikan kabinet bersaiz mega dengan 70 orang menteri dan timbalan itu sebagai cara penyelesaian mengikut Islam? Ataupun menerima jawatan Duta yang tak berfungsi itu sebagai salah satu cara Islam dalam menangani Covid?

Atau, tutup parlimen sehingga kerajaan tidak ada proses semak dan imbang itu juga menepati kaedah Islam?

Bagaimana pula dengan harga minyak masak melambung yang dikatakan oleh menteri sebagai munasabah itu? Adakah dengan kesimpulan ‘munasabah’ itu adalah penyelesaian mudah secara Islam?

Hukuman-hukuman segera yang dikenakan kepada rakyat sebaliknya siasatan demi siasatan terhadap menteri dan golongan kayangan itu, apakah mengikut neraca Islam?

Atau, fatwa yang boleh ‘dipadam’ dalam laman web fatwa itu juga menepati kaedah Islam?

Kalian yang masih boleh berfikir itu, rasa bagaimana?

No comments: