MENTERI AGAMA...BAIK TUMPU PADA LESEN JUDI NO EKOR, KES ADIB DAN PALING KURANG CABUTAN TU 5 KALI SEMINGGU....ANWAR DAH URUS DAHULUI KERAJAAN.

 

Kerajaan kerjasama dengan NGO pastikan sumbangan sampai ke Palestin, kata menteri

17Shares
facebook sharing button 12
twitter sharing button
whatsapp sharing button
email sharing button
Zulkifli Mohamad berkata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan akan dipanggil untuk berbincang dan menjadi rakan strategik berhubung penghantaran bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan dalam perkara berhubung penghantaran bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin bagi memastikan sumbangan derma yang terkumpul sampai kepada saluran yang betul, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau berkata NGO tempatan memainkan peranan utama dalam memastikan sumbangan dan dana rakyat Palestin dapat disalurkan dengan sebaik mungkin.

“Kita akan aturkan sebaik mungkin berdasarkan kapasiti dan kemampuan yang ada pada kita.. Insya-Allah kita akan adakan gerak kerja bagaimana untuk meningkatkan bantuan kepada penduduk Palestin, khususnya mereka yang telah kehilangan tempat tinggal, memerlukan rawatan dan ubat-ubatan.

“Kita akan panggil mereka (NGO) untuk berbincang dan menjadi rakan strategik dalam hal ini untuk memastikan bantuan yang diberikan benar-benar telus dan sampai,” katanya kepada pemberita selepas mengimamkan solat hajat khusus bagi memohon keselamatan rakyat Palestin daripada rejim Israel di Masjid Jamek Ibnu Khaldun, semalam.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menitahkan masjid dan surau serta rakyat di negara ini mengadakan solat hajat dan doa selamat selepas solat Maghrib, bagi memohon ihsan daripada Allah SWT untuk memelihara kesejahteraan rakyat Palestin daripada niat jahat rejim Israel.

Sejurus selepas solat hajat khusus itu, Zulkifli turut memberi tazkirah khas berkaitan isu semasa Palestin bagi memberi kesedaran orang ramai mengenai kepentingan Baitulmaqdis kepada Islam.

No comments: