AZEEZ REMPIT NAK NAMA
3 GAMBAR INI MEMBUKTIKAN AZEEZ NI PEMBOHONG.MEMANG PEMBOHONG BESAR
TIDAK ADA SEBARANG KECEDERAAN, DAN BELIAU SELAMAT.MENGENAI TEKANAN DARAH,BIASALA BADAN GEMUK BOROI OBESITI MANA MUNGKIN TAK ADA TEKANAN DARAH, TAMBAH-TAMBAH JALAN TENGAH PANAS.BAWA DIET LA BARU TAK KENA TEKANAN DARAH.
Abdul Aziz Alamai Kecederaan Tisu Lembut
KUALA LUMPUR, 4 Okt - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (foto), yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mendakwa ditumbuk penyokong parti pembangkang semalam, mengalami kecederaan tisu lembut. Abdul Azeez berkata, beliau dimasukkan ke HKL selepas muntah-muntah dan pitam di rumahnya di Subang Jaya sekembalinya dari pusat penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson, Negeri Sembilan. "Selepas solat Maghrib, saya rasa nak pengsan, pitam, saya muntah. Bila saya kata sakit dan doktor periksa tekanan darah saya 165/95."Saya tiada... saya tak pernah ada tekanan darah tinggi sebelum ini," katanya kepada pemberita di HKL hari ini. Abdul Azeez berkata, hasil pemeriksaan x-ray hari ini mendapati tulang lehernya dalam keadaan baik dan tidak retak. Beliau berkata, ini adalah kali pertama beliau dicederakan sepanjang membantu kempen 11 pilihan raya kecil sebelum ini.Turut melawat Abdul Azeez adalah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang sama-sama berjalan ke pusat penamaan calon.