Persenda golongan memerlukan: MB Kedah digesa mohon maaf

 

Oleh Nor Miswary Ramli

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor digesa memohon maaf kepada seorang pemanggil yang menghubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Pejabat Daerah Kota Setar seperti dalam rakaman video yang tular semalam.

Dalam video tersebut beliau dilihat seolah-olah mempersenda dan mentertawakan seorang pemanggil yang memohon mendapatkan bantuan makanan dan kewangan kerana tiada pendapatan ditambah dengan keadaan suami yang sedang sakit.

Kedudukan beliau sebagai Menteri Besar tidak menghalalkan aksi politik seperti ini menjadi bahan gurau senda ketika rakyat Kedah sedang bergelut dengan isu kemiskinan dan kehilangan mata pencarian kesan daripada pandemik Covid-19 serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran.4.

MB Kedah sepatutnya menunjukkan lebih rasa simpati, belas ehsan dan teladan yang baik kepada rakyat Kedah dan bukannya melakukan ‘prank call’ kepada mereka yang memerlukan pertolongan sehingga maklumat peribadi pemanggil terdedah kepada orang awam.

Tindakan MB Kedah daripada PAS ini amat dikesali dan beliau harus segera memohon maaf kepada pemanggil dan seluruh rakyat Kedah. 

No comments: