DULU PARTI YANG BESAR, SEKARANG YANG BESAR NAK SOKONG SERPIHAN YANG NAK JATUH..KAH.KAH..KAH..MACAI SUSAH CARI MAKAN

Buat apa nak pertahan kegagalan PN? Soal Zahid kepada MP Umno

Buat apa nak pertahan kegagalan PN? Soal Zahid kepada MP Umno

Di tengah-tengah perpecahan sokongan Umno terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Ahmad Zahid hamidi hari ini menggesa ahli parlimen Umno yang masih menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) agar kembali ke “landasan perjuangan Umno yang sebenar”.

Mendakwa kerajaan PN gagal mengendalikan Covid-19 sehingga wabak itu telah mengorbankan 11,162 nyawa setakat ini, presiden Umno itu berkata semua wakil rakyat parti itu perlu mengutamakan rakyat.

“Bukan memihak kepada mereka yang mahu mengekalkan penguasaan ke atas rakyat dan negara walau jelas telah gagal, membelakangi keluhuran Perlembagaan serta institusi diraja.


“Bukan berdiri bersama kegagalan yang menyaksikan lebih 10,000 rakyat telah kehilangan nyawa dan lebih 19,000 kes jangkitan wabak dilaporkan saban hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.“Saya percaya kini adalah masanya untuk kita membuktikan kepada rakyat bahawa kita sebagai wakil rakyat dari Umno sanggup berpayah demi berdiri bersama rakyat.

Terdahulu, dilaporkan sebanyak 15 ahli parlimen Umno telah menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN dan Muhyiddin.

Dengan itu sokongan Muhyiddin di Dewan Rakyat kini berkurang kepada 100 ahli sahaja, iaitu kurang 11 untuk mendapat majoriti mudah di parlimen.

Semalam, Umno juga mendedahkan 13 surat dari ahli parlimen yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, yang menyatakan penarikan sokongan mereka terhadap Muhyiddin.

Hari ini juga, laporan Malaysiakini yang memetik sumber berkata Yang di-Pertuan Agong telah menitahkan Muhyiddin agar mempercepatkan sidang Dewan Rakyat dan mengingatkan dia perlu membuktikan majoritinya.

Zahid berkata lagi, masih belum terlambat untuk ahli parlimen Umno membuktikan bahawa mereka sedang berjuang untuk pengundi dan ahli parti itu.

“Membuktikan perkara itu adalah mudah iaitu meninggalkan kerajaan PN yang gagal dan kembali kepada landasan perjuangan Umno yang sebenar,” katanya.


No comments: