Andai kata PH kembali berkuasa, ini adalah kesalahan PH yang haram diulangi.



Farhan Zulkifli

*1) Menghina Manifesto*

Kita boleh maafkan jika PH gagal tunaikan manifesto yang berkait dengan ekonomi.

Tetapi ada 6 daripada 10 manifesto yang tidak berkait dengan ekonomi dan gagal ditunaikan oleh PH. (Rujukan: https://twitter.com/farhanzulkefly/status/1219228313769562112?s=19)

Kenapa PH yang diketuai Tun tak tunaikan? Bukan sekadar tak tunai, malah "ketua" kerajaan ketika itu, Tun, menghina rakyat dengan melabel "Manifesto bukan kitab suci". Ini tidak patut berlaku atas nama PH.

Jangan dibiarkan ia berulang.


*2) Pemilihan kabinet*

Semua tahu, selepas Tun menjadi PM, Tun memberi bayangan seolah-olah ketua setiap parti boleh memilih calon menteri mewakili parti mereka.

Malangnya, ia dikhianati. Nama yang diberi PKR tidak diterima oleh Tun dan Tun memilih nama-nama yang diberi oleh Azmin Ali.

Apa yang berlaku? Kabinet tidak efisien dan mereka yang dilantik menggunakan kuasa untuk kepentingan peribadi dan akhirnya khianat PH dan Tun sendiri. Siapa lantik? Tun.

Lebih memualkan, nama Waythamoorthy yang pernah menjadi menteri di zaman BN, diangkat oleh Tun sebagai menteri tanpa melalui konsensus PH. Kesannya, PH digelar rasis kerana perbuatan Waytha yang bukan pun ahli parlimen PH. Siapa lantik? Tun.

Jangan dibiarkan ia berulang.

*3) Kenyataan menghina dan merendahkan melayu*

Sebelum PRU 14, BN cuba mainkan yang PH dikawal DAP dan bersifat anti melayu. Belum sempat PH membuktikan kenyataan itu hanyalah propaganda, Tun, "Ketua kerajaan PH" tidak henti-henti menghina dan merendahkan orang melayu. Malas, memilih kerja, tidak berdikari, dan lain-lain perkataan digunakan.

Walaupun niat Tun mungkin untuk bangkitkan semangat orang melayu supaya kerja kuat, namun ianya tetap mengguris hati. Akhirnya, PH dicemuh sebagai "penghina orang melayu" di sebuah negara yang majoritinya orang melayu.

Siapa yang lakukan? Tun.

Jangan dibiarkan ia berulang.

.


*4) Peralihan jawatan PM dan Kestabilan PH*

PH telah berjanji untuk menjadikan Tun PM7 dan Anwar PM8. Sepanjang 22 bulan, belum pernah sekali Anwar mendesak Tun letak jawatan atau mengasak Tun.

Ya, orang Anwar mungkin kadang-kadang liar. Tapi orang Anwar bukan Anwar.

Orang Tun seperti Khairuddin, Rais Yatim, Abu Bakar Yahya (Setpol Tun) pun mengina Anwar. Tapi orang Tun bukan Tun.

Yang perlu dibandingkan? Anwar dan Tun.

Anwar? Anwar hormat apa jua keputusan.

Tun? 2 tahun, 3 tahun, lepas APEC, sehari sebelum PRU 15, ikut suka saya nak serah boleh taknak serah boleh.

Apa reaksi Anwar? Saya terima dan saya perlu sabar.

Akhirnya, Anwar yang dicemuh sebagai "gila-gila nak jadi PM" dan punca isu peralihan kuasa dijadikan bualan harian? Siapa yang bermain kata dalam isu ni? Tun.

Jangan dibiarkan ia berulang.

Akhir kata,

Ketika Bersatu hanya ada 13 kerusi, PKR ada 50 kerusi, PKR mengalah dan serahkan jawatan PM pada Tun.

Ketika Tun hanya ada 21 kerusi, PH ada 93 kerusi, PH mengalah dan menyerahkan nama Tun pada YDPA.

Sekarang, Tun hanya ada 5 MP Bersatu dan 9 MP Warisan dan jika ditambah 20 MP GPS sekalipun, Tun hanya ada 34 MP, PKR ada 38 dan jika dicampur dengan DAP dan Amanah, ada 93 kerusi.

Sekali lagi, PH perlu mengalah dan serahkan tengkuk untuk disembelih? Jangan dibiarkan ia berulang.



No comments: