Che Ibrahim....
SEBAT DI KHALAYAK AWAM : SATU POLEMIK BARU PERUNDANGAN SYARIAH.
Negara akan mengalami satu lagi polemik baru perundangan syariah apabila satu hukuman sebat di khalayak ramai bakal dilaksanakan di Terengganu pada 27 Dis 2024 ini sehingga ada yang beranggapan hukum tersebut sebagai hukuman hudud, ada pula yang berpendapat ianya satu bentuk hukuman takzir yang akan memperkasakan lagi mahkamah syariah.
Hukuman tersebut telah dikenakan mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir ) 2002, Terengganu (Pindaan 2022).
Walaupun hukuman ini pernah dilaksanakan di Sabah beberapa tahun yang lepas, ianya tidak mengundang polemik kerana pelaksanaan hukumannya tidak disensasikan. Kerajaan Kelantan sebelum isu RUU 355 pernah mencadangkan untuk melaksanakan hukuman sebat di perkarangan masjid, namun ianya sekadar cakap cakap pemimpin politik.
Akta 355 @ Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 1984) memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman sebat tidak lebih dari 6 kali selain denda tidak melebihi rm5000 atau penjara tidak melebihi tempoh 3 tahun.
Walaupun hukuman sebat pernah dijatuhkan oleh mahkamah syariah, tetapi pelaksanaan sebat dilakukan dalam penjara dan dilakukan oleh pegawai penjara dengan disaksikan oleh pegawai mahkamah, pegawai penguatkuasa, pegawai pendakwa syarie, pegawai perubatan dan lain lain lagi.
Beberapa polemik baru ekoran dari hukuman sebat di khalayak ramai yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu pada 20 Nov 2024 akan timbul, antaranya;
1. Adakah hukuman itu tidak bercanggah dengan Perlembagaan kerana Akta 355 tidak menyebut pelaksanaan di khalayak ramai?
2. Adakah hukuman tersebut boleh dilaksanakan di luar penjara dan siapa yang akan menjadi "Tukang Sebat" kerana Ordinan Penjara tidak membenarkan pegawainya menjalankan tugas di luar penjara?
3. Apakah yang dimaksudkan "" khalayak awam" di segi syariah? Adakah pelaksanaannya dalam penjara yang disaksikan oleh sekelompok tertentu penjawat awam tidak memenuhi kehendak " khalayak awam"
4. Perlukah hukuman takzir dilaksanakan di khalayak awam?