LAWATAN KERJA PRESIDEN PKR KE PERMATANG PAUH










LAWATAN KERJA PRESIDEN PKR KE PERMATANG PAUH

Permatang Pauh –Baru-baru ini 15 dan 16 Nov , preiden PKR , Dato Seri Dr Wan Azizah Ismail telah melakukan lawatan ke kawasan Permatang Pauh.Walau pun beliau bukan lagi menjadi wakil rakyat.namun keperihatinan dan tanggungjawab sebagai Presiden dan juga membantu suaminya Dato Seri Anwar Ibrahim yang kini merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh, beliau rasa bertanggungjawab untuk melakukan lawatan kerana beliau merupakan wakil 3 penggal bagi penduduk Permatang Pauh.Wan Azizah telah sinonim dengan “bini Anwar”(Isteri Dato Seri Anwar) bagi golongan orang tua-tua di Permatang Pauh.Bagi Golongan orang tua-tua,Wan Azizah atau “bini Anwar” tetap lekat di bibir mereka.Turut hadir ialah pembantu khas beliau Kak Wa,Ketua Wanita Hjh Khatijah bt Yahaya , Ketua AMK Sdr Amir Ghazali,Naib Ketua 1 AMK Sdr Mazlan Mat Zin selaku Ketua UKP Permatang Pauh ,Sdr Zainol Abidin Naib Ketua Bahagian,Sdr Rodzi penyelaras Yayasan Aman,Pembantu khas dato seri Anwar Sdr Surani Ibrahim , dan para penyokong.

Bermula pada 15 November baru-baru ini.Pada jam 5 petang , beliau telah melakukan lawatan ke pusat pengajian Agama An Nahdoh dimana para Jemaah Haji berkumpul dan akan bertolak ke Mekah dimana beliau mengucapkan selamat jalan kepada para jemaah haji termasuk YB Hamdan wakil ADUN Permatang Pasir yang akan mengerjakan haji pada tahun ini.Beliau juga menghadiri kenduri penduduk setempat.

Pada 16 November pula , Dato Seri Wan Azizah melawat kerja gotong rayong penduduk Kampung Terus ,dimana beliau melihat kerja-kerja gotong royang penduduk kampong membina gelanggang badminton sumbangan YB Fairus , projek rakyat dibawah peruntukan ADUN Penanti dan juga TKM1 Pulau Pinang.Turut bersama ialah En Zainol pegawai Khas TKM1.

Wan Azizah kemudiannya menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak tadika di kampong Guar Jering yang juga turut dihadiri TKM1 sejurus kemudiannya .beliau sempat singgah untuk menyampaikan hadiah kepada kanak-kanak TADIKA.

Beliau seterusnya melakukan lawatan ke rumah En Abd Latif Bin Mohd Noh. Beliau turut melihat penderitaan kanak-kanak ini kerana sudah 10 tahun adik Nur Iliyani mengalami penyakit ini. Menurut Sdr Amir Ghazali Pihak AMK akan mengambil keluarga ini sebagai anak angkat AMK Permatang Pauh kerana mendapati bahawa mereka memang benar-benar susah dan terpaksa membelanjakan hampir RM1000 sebulan bagi keperluan pampers dan susu khas untuk adik Nur Ilyani ini,malah suami beliau terpaksa bekerja syif malam bagi menampung keperluan dan sebagai buruh kilang ,mereka tidak mampu” demikian jelas Sdr Amir lagi.Pihak AMK Permatang Pauh juga memohon jasa baik pihak Suara Keadilan dan mana-mana pihak yang tertentu yang berkewajipan dan mampu agar dapat tampil ke hadapan membantu keluarga ini dimana nombor akaun khas telah di buka di atas nama 0718003439524 CIMB dan talian nombor telefon 04-3987318 adik Noreliani.


Dato Seri Wan Azizah juga kemudian melawat seorang warga tua yang telah uzur dan menyampaikan sedikit bantuan dan menyampaikan salam dari Dato Seri Anwar.nenek Cahaya binti Arif 73 tahun dan telah mengalami sakit tua selama 13 tahun akibat darah tinggi.Namun nenek Cahaya masih melakukan kerja-kerja rumah yang ringan.Baru-baru ini pihak PKR bahagian permatang pauh telah menyumbangkan bantuan kerusi roda kepada nenek Cahaya. Lawatan susulan ini adalah untuk bertanya khabar.bantuan yang sepatutnya akan disalurkan melalui pihak-pihak agensi-agensi tertentu.



Dato seri wan Azizah kemudiannya melakukan lawatan ke Pusat Khidmat di pekan Permatang pauh dimana pejabat operasi telah dibuka bagi memberi khidmat kepada masyarakat setempat.beliau kemudiannya hadir ke rumah kenduri dan berangkat pulang.

No comments: