Kali ini Mahathir beri laluan Anwar PM ke 9?
Kredit: Edy Noor Reduan
Menjelang pembukaan Parlimen pada tanggal 18 Mei nanti, ramai yang tertanya-tanya siapakah sosok yang paling layak menjadi ketua pembangkang Malaysia.
Menjawab persoalan ini, sudah tentulah Datuk Seri Anwar Ibrahim paling layak diangkat sebagai Ketua Pembangkang dan seterusnya selaku calon PM sekiranya PH berdepan pilihanraya umum atau membentuk kerajaan baharu.
Ada juga pihak yang cuba mencadangkan supaya Tun Mahathir menjadi Ketua Pembangkang. Cadangan ini tidak salah, cuma ianya tidak pernah berlaku dalam mana-mana parlimen.
Bayangkan negara ini mempunyai Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang dalam masa yang sama adalah dari parti politik yang sama. Ini secara langsung akan menimbulkan konflik kepentingan. Perdana Menteri dari Bersatu, Ketua Pembangkang juga dari pari Bersatu, bukan tidak mungkin tetapi ini tidak dibolehkan berlaku.
Anwar Ibrahim PM ke-9 dan Tun Mahathir memberika laluan? Ini mungkin sukar untuk menjadi kenyataan, tetapi ia tidak mustahil.
Anwar sebagai Perdana Menteri, manakala Tun Mahathir sebagai Menteri Mentor Malaysia, dan Mukhriz diangkat menjadi TPM sebagai pemudah bicara. Bukankah cadangan sebegini mampu meleraikan segala kemelut yang tersimpul?
Segalanya mungkin, apa yang penting ialah keyakinan proses Reformasi Negara akan tetap berlaku. Dinamik politik ini boleh jadi dalam pelbagai bentuk dan rupa, demi memulangkan semula mandat kuasa rakyat Mei 2018, mandat yang masih berbaki 3 tahun.