BELUM TIGA BULAN KERAJAAN PN SUDAH TERPALIT RASUAH







"Amat mencurigakan apabila sebuah syarikat hartanah memperoleh kontrak kelengkapan sebuah makmal dan dikatakan turut mendapat kontrak membekalkan kelengkapan sistem makmal bagi Kementerian Kesihatan," tulis portal Roketkini, 5 Mei 2020. Siapa pun akan berasa curiga. Lebih-lebih lagi begitu pantas kontrak puluhan juta itu diluluskan. Seorang bekas pemimpin UMNO, Dato' Zaharin Mohd Yassin dalam hantaran di facebook beliau menyindir: "Tahniahlah kepada KKM buat Laporan Polis atas beberapa isu Kementerian Kesihatan yang kononnya fitnah.