ARTIKEL MENARIK UNTUK DIBACA- HIKMAH PENGKHIANATAN KEPADA PH - BUKTIKAN TUDUHAN UMNO PAS MEMAKAN DIRI



Setelah saya membaca & melihat posting-posting saudara-saudara dalam group ini, bagi saya sebenarnya pengkhianatan ini banyak untungnya. Kerana HIKMAHNYA FITNAH kepada PH AKAN TERLERAI.

Saudara-saudara janganlah bersedih hati. Ambil masa untuk tempoh bertenang. Dalam berpolitik tak perlu kita sampai memukul sesiapa. Itu politik rimba...setahu saya ahli atau penyokong PH ini adalah kelompok intelektual politik cukup dengan membaca, memahami, mengkaji & menilai.


Seharian saya duduk membaca...saya nak tanya...bukankah agama ku mengajar setiap yang berlaku pasti banyak hikmahnya?

Sekarang saya menjumpai jawapan untuk diri sendiri & semua yang ada.

Ya tentunya fitnah yang di lemparkan kepada PH sukar dijawab selama 2 tahun akan terjawab selepas ini. Bukankah dalam kehidupan membina ketakutan itu lebih mudah dari membina kepercayaan.

Lihatlah hikmah Tuhan...selama ini umat Melayu percaya Islam terancam, kilang arak, lesen judi, rumah urut, hudud tak boleh dilaksanakan, kes Adib, kes pemandu mabuk, tidak tangkap pengamal LGBT dan bermacam-macam isu semuanya kerana kerajaan PH bukannya di bawah kuasa PM Melayu tetapi kononnya dipimpin oleh DAP.

Seperti yang disebut oleh saudara-saudara kita di dalam posting mereka di dalam group ini.

Tun Mahathir dituduh tunduk pada Cina DAP sebab kes Adib tak selesai atau tidak dpt memuaskan hati sesetengah org Melayu, Anwar Ibrahim dituduh barua Cina DAP sebab itu tak layak jadi PM sdgkan di rumahnya bacaan Yasin dan Bayan setiap minggu. Semuanya ini akan mudah dijawab selepas ini. Kita tunggu & lihat sahaja kerana ianya akan terungkai satu persatu.

Mungkin Tuhan mahu hentikan fitnah dan mahu tunjukkan benarkah mereka itu berjuang atas nama agama atau menjual agama ini untuk tujuan politik.

tumpang sekole...?: Fatwa Tok Lebai bertukaq ikut pilihanraya...
Dulu pemimpin Amanah kata hudud buat kemudian dituduh tolak hudud hingga terkeluar mereka dari PAS. Bila Hadi kata hudud sukar dilaksanakan...semua akur. PH letak calon bukan Islam dia kata wajib pilih calon Islam, bila letak calon Islam (seorang Imam) dia kata tidak wajib pilih yang Islam. Seolah Islam ini milik eksklusif satu kelompok yang tak boleh berbeza pendapat.

2 tahun mereka tuduh pemimpin Melayu PH tak mahu tutup kilang arak, tidak membela kes Adib, tidak perjuangkan tulisan Jawi. Kita sama-sama tengok selepas ini adalah kilang arak ditutup atau tidak?
Malaysiakini
Musim PKP ini dah nampak kilang arak di beri pelepasan beroperasi sebelum dikritik hebat boleh rakyat, kes Ajib selesai atau tidak. PAS kini menjadi kerajaan. Apa dalil mereka nak bagi?

Saya memilih untuk menyokong PH bukan kerana sokong Cina, bukan kerana benci ahli UMNO atau PAS tapi kerana bencinya saya pada *rasuah*. Ahli PAS dan UMNO itu saudara sesama Islam bukannya saya bermusuh dgn mereka apatah hanya kerana politik.

TS Muhyiddin dalam banyak video sendiri mengatakan Najib curi duit 1MDB. Malah dalam kenyataannya dia membidas PAS kerana sanggup bercium mulut & bekerjasama dgn perompak. Jika pemimpin UMNO itu bersih nescaya saya tidak menulis untuk menentang mereka.
Skandal 1MDB: Pas yakin pemimpin mereka bersih
Adakah saya wajib kena pilih Melayu walaupun pemimpin itu merompak wang rakyat? Merompak dana fakir miskin? Ajaran Islam mazhab apa yang mengajar begitu?

Di negara-negara maju persaingan parti politik adalah dari manifestonya. Tapi di negara kita manifestonya cukup diperbodohkan dengan isu agama dan bangsa. Hingga perkara dibolehkan dijadikan haram malah diperbesarkan.

Saya ada terbaca satu petikan dari TGNA *"Saya sendiri sentiasa konsisten bahawa budaya politik rasis sewajarnya layak dibuang terus dari kamus masyarakat Malaysia.*

*"Cuma apa yang dilihat benda itu sebagai pelik pada zaman ini menunjukkan umat Islam kita terlalu jahil dengan agama,"* antara petikan kata-kata TGNA seorang ulama yang disayangi pelbagai pemimpin agama.

Saya berhujah dengan ramai kawan-kawan...ya saya setuju ada kata-kata segelintir pemimpin DAP yg tidak bijak untuk menjaga hati orang-orang Melayu. Walaupun MCA senada tetapi kerana maklumat yang disabotaj dari dalam atau orang Melayu kata musuh dalam selimut...persepsi mengatasi segalanya.
Pergggghhh. Cina tawan semua pelabuhan... - Adrian Lim Chee En ...


Puas saya berhujah yang saya menolak kerjsama dengan kerajaan pintu bekalang ini dengan sahabat dan rakan-rakan saya, akhirnya mereka hanya menggunakan ayat kepada saya bahasa saya bodoh, barua Cina, otak udang, babi dan bermacam-macam untuk menyakinkan saya agar benci dengan Cina DAP.

Akhirnya saya berhenti berhujah kerana dalam apa situasi dengan saya untuk menyakinkan sesuatu perkara mesti dibawa dengan hujah yang menyakinkan. Maki hamun itu bukan hujah.

Pengajaran juga keapda DAP, mereka selepas ini mesti mendidik pemimpinnya matang dalam berpolitik. Memang Benar DAP banyak memperuntukkan bajet untuk agama Islam di Pulau pinang tetapi dalam pemahaman Melayu kelompok *'malas berfikir'* (kawasan bandar) dan Melayu yang *tidak mampu berfikir* (luar bandar) DAP ini adalah parti Komunis. Kebaikan kamu dihapuskan hanya dengan persepsi.

DAP kena banyak belajar dengan Inggeris. Bagaimana Inggeris mampu menawan hati orang Melayu. Bagaimana orang Melayu boleh mentafsir Jepun dan Komunis itu penjajah (musuh) tetapi British adalah bangsa yang membangunkan Tanah Melayu. Cukup sekadar permainan persepsi.

Buat saya & pesan saya kepada sahabat-sahabat PH termasuk pemimpin-pemimpin PH pula, tentulah banyak perkara yang boleh diambil sebagai hikmah.Utamankan penyokong dari memberi kepada musuh nyata..Baru padan muka kerana kini anda tahu bahawa anda juga gagal.

Pertama, jangan mudah percaya kepada kawan yang baru dikenali. Bukan sahaja dalam berpolitik tetapi di mana-mana. Kena kenal hati budi dulu.

Kedua, tentulah jangan lupa kawan lama. Bila menang, rakan yang berjuang dan susah senang bersama dilupakan. Malah mahu berjumpa pun susah apatah lagi pandangan kawan lama tidak dipedulikan.

Tanya saya situasi politik tidak mengharap langsung pengundian Dewan Rakyat. Ini kerana semua maklum pemimpin-pemimpin negara kita berjuang lebih kepada kepentingan diri. Bila-bila masa mereka boleh berubah dengan mudah.

Pemasalahan yang perlu difikirkan oleh penyokong-penyokong PH ialah bagaimana menangani persepsi yang selalu di mainkan oleh PN. Ini kerana tanggapan seseorang manusia terpulang tahap suka atau kebenciannya bagaimana kpd individu atau kelompok itu. Kalau dia suka apa saja walau salah akan jadi betul. Kalau benci, betul berkata-kata sudah mahu disanggahnya.

Walaupun mereka tahu yang jadi PM itu Melayu. Yang mempunyai kuasa perlantikan adalah ke bawah Duli Agong juga Melayu. Hanya dengan kuasa PM Melayu maka hilang jawatan-jawatan  semua pemimpin-pemimpin Cina tetapi masih beranggapan Cina yang menguasai dan memerintah samada tertipu atau ditipu dengan niat.

Persepsi kebencian politik telah mengatasi dari kepentingan agama itu sendiri. Contoh apa sahaja yg dibuat Menteri Agama, Dr Mujahid semua tak kena. Mujahid dikata buruk akhlak walaupun tujuannya iaitu menunjukkan ahklak yang baik kepada bukan Islam sepertimana ditunjukkan Rasulullah saw.
DR Mujahid Yusof Rawa.

Ok saya juga akan berehat dari serius menulis. Dah penat dan saya redha. Pesanan saya, berpolitik cara sihat dan fokus kepada pemasalahan yang lepas. Berlapang dada lah kita semua, bertenang dan ambil ia sebagai hikmah yang baik dari Tuhan.

Kepada pihak yang mengapi-api kebencian perkauman cukup-cukup lah. Mereka pun bukan diminta dilahirkan sebagai Cina, India, Dusun dan sebagainya. Mereka tidak curi duit rakyat tetapi mereka dihina hanya mereka berpolitik bersama DAP. Satu pernilaian yg sgt rasis dan tidak adil untuk mereka.

Buluh: Gagasan Khairuddin tak sama idea Teresa

Islam agama kasih sayang dan bukan kebencian.

Kata Gus Mus... *"Agama itu menerangi, bukan membenci. Agama itu mengajak, bukan menyepak. Agama itu rahmat, bukan kebencian. Agama itu tidak hanya teriak Allahu Akbar di pinggir jalan."*

Gus Mus memberitahu lagi bahwa bukan sedikit masyarakat awam yang tertipu dgn penampilan-penampilan orang yang mengaku tokoh agama, tetapi perilakunya jauh dari ajaran agama. *“Jangan lihat janggutnya, jubahnya, Allahu Akbarnya, tapi lihat perilakunya,”*.

Apa salah Anwar dia nak jaga anak Melayu, anak Cina, anak India, anak Dayak, anak Iban, anak Dusun, anak Bugis dan lain2. Bukankah mereka ini anak Malaysia yg wajib pemimpin Islam bela mereka yg miskin, yg perlukan bantuan. Insani.

C@P
Dari fb Azhar Arcil.

No comments: