KENYATAAN MEDIA PKR

KENYATAAN MEDIA

Imej mungkin mengandungi: 9 orang, orang duduk


Sambil mengambil maklum bahawa siasatan polis masih lagi berjalan, dan setakat kenyataan Ketua Polis Negara semalam, KEADILAN menerima baik kenyataan bahawa Timbalan Presiden KEADILAN, YB DS Mohamed Azmin Ali, tidak terlibat dalam satu video yang disebar baru-baru ini.

Berkenaan dakwaan terdapat ahli atau pemimpin parti politik yang terlibat dalam tindakan sebaran video tersebut, parti KEADILAN tidak bertolak ansur dan akan mengambil tindakan tegas mengikut perlembagaan parti jika terdapat penglibatan mana-mana anggota KEADILAN yang disabitkan kesalahan berlandaskan undang-undang.

KEADILAN mengulangi prinsip bahawa kami menolak politik jijik sekeras-kerasnya.

ANWAR IBRAHIM
Presiden KEADILAN
20 Julai 2019


No comments: